awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumpa mayat reput: Disyaki ada padanan kes orang hilang- Ketua Polis Perak

Aida Aziz
Aida Aziz
13/10/2022
07:43 MYT
Jumpa mayat reput: Disyaki ada padanan kes orang hilang- Ketua Polis Perak
Hasil bedah siasat terhadap mayat reput yang ditemui berhampiran lokasi kemalangan itu menunjukkan punca kematian adalah disebabkan dicekik.- Foto Astro AWANI
TELUK INTAN: Mayat reput yang ditemukan berhampiran lokasi kemalangan di Jalan Besar Tambun, di Ipoh semalam disyaki ada kaitan dengan padanan kes orang hilang.
Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, pihaknya menemui padanan tersebut, setelah semakan dibuat berhubung penemuan mayat berkenaan.
"Saya telah menubuhkan satu pasukan khas untuk membuat meneruskan siasatan dengan lebih mendalam, selepas kita mendapat laporan daripada pihak forensik berkenaan dengan sebab kematian.
"Ada (padanan kes orang hilang), kita pun telah semak rekod sistem orang hilang dan didapati ada 'match' (sepadan) dengan satu kes orang hilang," katanya.
Bedah Siasat | Mayat reput dipercayai mangsa bunuh
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Taman Angkat Amanita PDRM Perak di Tapak Pekan Rabu Langkap, di sini, pada Khamis.
Sementara itu, ketika ditanya sama ada mayat itu dibunuh di lokasi berbeza sebelum dibuang di kawasan tersebut, Mohd Yusri tidak menolak kemungkinan berkenaan.
"Kemungkinan itu ada, bagaimanapun siasatan masih sedang dijalankan untuk kita mengenal pasti punca kematian, kenapa dibunuh dan di mana lokasi sebenarnya dibunuh.
"Memang lama (sudah meninggal dunia) dipercayai sudah melebihi dua minggu, warga tempatan atau tidak itu masih lagi dalam siasatan polis," katanya lagi.
Pada Rabu media melaporkan, hasil bedah siasat terhadap mayat reput yang ditemui berhampiran lokasi kemalangan di Jalan Besar Tambun, menunjukkan punca kematian adalah disebabkan dicekik.
Mohd Yusri berkata sehubungan itu, kes berkenaan telah diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#penemuan mayat reput
#Jalan Besar Tambun
#Ketua Polis Perak
#orang hilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan