Berjumpa pakar psikiatri bukan sesuatu yang memalukan.
Itu nasihat bekas pesakit yang mahu masyarakat mengubah stigma terhadap penjagaan kesihatan mental.
Seperti mana penyakit fizikal, masalah kesihatan mental perlu dikesan awal, seterusnya diberi perhatian dan rawatan sewajarnya.
Nur Zaimah (bukan nama sebenar) baru berusia 21 tahun ketika didiagnosis mengalami masalah mental.
Selain faktor keturunan, tekanan yang dihadapi semasa belajar juga menjadi antara penyebab kepada perubahan personaliti dan pemikirannya ketika itu.
"Saya disahkan mengalami masalah mental pada tahun 2009, ketika sedang menuntut di sebuah universiti swasta.
"Apa yang berlaku ketika itu, daripada segi perwatakan saya boleh rasa diri saya berbeza daripada sebelumnya. Saya juga bermasalah untuk tidur, malah pernah tidak tidur selama berhari-hari.
"Sampai ke satu tahap, saya ada terfikir untuk bunuh diri. Ini pemikiran biasa bagi mereka yang mengalami masalah mental.
"Dari situ saya sedar, saya perlu dapatkan bantuan," katanya yang kini berkhidmat sebagai sukarelawan Mental Illness Awareness and Support Association (MIASA).
Enam tahun lamanya dia perlu mengambil ubat-ubatan yang membantu mengawal emosi, sehingga kini Nur Zaimah menyifatkan dirinya sebagai pesakit yang masih dalam proses penyembuhan.
"Stigma masyarakat, jumpa pakar psikiatri itu gila. Ia tanggapan yang salah tetapi dalam masa yang sama kita tidak perlu malu kerana apa yang kita lakukan adalah berusaha untuk kembali sihat dan menjalankan tanggungjawab kita.
"Abaikan kata-kata orang," tambahnya yang mengakui sudah semakin tenang menjalani kehidupan.
Hidup bebas tekanan itu mustahil, namun wanita berusia 30 tahun ini ada nasihat untuk menangani tekanan dengan baik.
"Kalau kita asyik fikir apa yang orang cakap, memang kita akan sentiasa tertekan. Apa yang penting, kita tahu apa siapa kita dan peranan kita.
"Fokus kepada kehidupan bertuhan. Itulah sebenarnya kunci kepada kesihatan, bukan sahaja mental, tetapi fizikal juga," ujarnya.
Madiha Abdullah
Wed Oct 10 2018
Jumpa pakar psikiatri tidak semestinya gila, kata Nur Zaimah. -Astro AWANI
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Bebas COVID-19 tidak semestinya terlindung sepenuhnya - Pakar
Bekas pesakit COVID-19 tidak akan terlindung sepenuhnya daripada mendapat semula jangkitan virus itu.
Bekas pesakit COVID-19 kongsi pengalaman kepada masyarakat
Namun ketika dunia dilanda panik serta keresahan, kisah bekas pesakit Covid-19 ini mungkin boleh membuka mata kita semua terutamanya rakyat Malaysia yang menghadapi kisah yang sama.