MALAYSIA
Petir ragut nyawa 4 kanak-kanak di Uttar Pradesh, India

Hujan lebat dan ribut petir melanda beberapa daerah di negeri berkenaan pada Khamis, menyebabkan insiden tragis itu.
KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya empat kanak-kanak maut dan tiga lagi cedera akibat dipanah petir di negeri Uttar Pradesh, utara India, lapor Xinhua yang memetik kenyataan polis pada Jumaat.
Hujan lebat dan ribut petir melanda beberapa daerah di negeri berkenaan pada Khamis, menyebabkan insiden tragis itu.
"Dua kejadian panahan petir berlaku malam tadi. Dalam insiden pertama, empat kanak-kanak sedang menggembala kambing di kawasan Sarai Akil, Daerah Kaushambi, apabila mereka dipanah petir. Mangsa dikejarkan ke hospital namun dua daripada mereka disahkan meninggal dunia, manakala dua lagi sedang menerima rawatan," kata seorang pegawai polis.
"Dalam insiden kedua di Kampung Tara Ka Pura, Daerah Chitrakoot, sekumpulan kanak-kanak sedang menggembala kerbau apabila disambar petir. Seorang maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital daerah. Seorang lagi masih dirawat," katanya.Minggu lepas, sekurang-kurangnya 25 orang maut akibat dipanah petir di 14 daerah di negeri yang sama.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami