Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan jurang yang semakin lebar antara kaya dan miskin di negara maju telah menjadi isu dasar yang mendesak sejak beberapa tahun lalu.
Menurutnya, perkara ini bukan hanya laungan 'Tawan Wall Street' oleh penunjuk perasaan kerana banyak institusi penyelidikan telah memberi tekanan kepada kesan buruk ketidaksamarataan struktur.
"Ketidaksamarataan yang kecil akan menggalakan individu untuk bekerja keras dan melakukan inovasi.
Tetapi satu sistem yang tidak sama, mewujudkan ekonomi yang kosong, di mana kekayaan dan peluang hanya disediakan untuk sebilangan kecil dan mengenepikan golongan majoriti,' katanya dalam ucaptama Persidangan Antarabangsa Nikkei ke-20 Mengenai Masa Depan Asia 'Kebangkitan Asia: Mesej untuk 20 tahun akan datang', di sini hari ini.
"Di negara saya, contohnya, di mana ketidaksamarataan pendapatan kekal menjadi satu kebimbangan, kami sedang berusaha untuk mencari imbangan yang betul antara tindakan afirmatif dan peluang individu," katanya kepada hampir 700 anggota delegasi merangkumi pemimpin politik, pakar ekonomi serta pemimpin industri.
Najib yang juga Menteri Kewangan menekankan yang ketidaksamarataan keterlaluan memberi kesan yang serius ke atas kesihatan, pendidikan dan kehidupan.
"Apabila peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar mengatasi taraf hidup, orang ramai berasa mereka tidak mempunyai kepentingan dalam kejayaan ekonomi negara mereka. Keadaan itu menjejaskan kemajuan sosial dan mengancam kestabilan," katanya.
Menurutnya, dengan pertumbuhan pesat ketika perubahan globaliassi dan teknologi, kebangkitan Asia akan terdedah kepada ketidaksamarataan yang semakin melebar.
"Dalam tempoh dua dekad lalu, lapan daripada 10 penduduk Asia mendapati mereka hidup di kawasan di mana ketidaksamarataan pendapatan makin lebar, bukannya mengecil.
"Ketika ketidaksamarataan telah berkurangan di rantau sedang membangun seperti Amerika Latin, ia bagaimanapun telah meningkat di Asia," katanya.
Bank Pembangunan Asia telah menunjukkan jika ketidaksamarataan kekal statik, lebih 240 juta orang akan dapat dikeluarkan daripada kemiskinan.
"Oleh itu di sebalik perangkaan pertumbuhan yang besar, adalah jelas kejayaan masa depan Asia bergantung kepada pembangunan ekonomi yang lebih pelbagai dan meluas.
"Untuk Asia benar-benar makmur, kita perlu memberikan rakyat kita lebih keadilan di samping lebih kesamarataan. Bagaimanapun, ini bukan mudah. Malah ekonomi paling maju terpaksa bergelut untuk menangani ketidaksamarataan.
"Tidak ada penyelesaian mudah. Tetapi terdapat beberapa perkara yang kita boleh lakukan," kata Najib.
Antara lain, katanya, semua negara perlu meningkatkan pelaburan dalam barangan awam seperti pendidikan dan kesihatan, meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti serta mengurangkan jurang antara taraf kesihatan bandar dan luar bandar.
"Ia bermakna mengukuhkan jaringan keselamatan sosial dan menggunakan subsidi bersasaran bagi membantu golongan miskin. Di samping itu menggalakkan sektor swasta memberi sumbangan dengan syarikat menyediakan buruh dengan fleksibiliti, latihan dan sokongan," katanya.
Menurut Najib, wujud keperluan untuk membina ekonomi yang lebih seimbang dengan pekerjaan lebih berkualiti dan pertumbuhan lebih sekata dalam semua sektor, dengan komitmen berterusan untuk memerangi rasuah.
"Menangani rasuah bukan boleh dilakukan dalam setahun atau sedekad, tetapi ia boleh dan mesti dilakukan. Pembaharuan perlu dilakukan ke atas kontrak kerajaan dengan memperkenalkan bidaan terbuka, membawa ketelusan kepada satu proses yang sering dicemari rasuah.
"Mengukuhkan institusi antirasuah dan meningkatkan pendakwaan ke atas pemberi dan penerima rasuah, boleh membantu menukar sikap, walaupun rasuah sudah lama berakar umbi," katanya. -- Bernama
Bernama
Thu May 22 2014
Banyak institusi penyelidikan telah memberi tekanan kepada kesan buruk ketidaksamarataan struktur - Foto AFP
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Jepun harap situasi kemanusiaan di Syria bertambah baik
Kerajaan Jepun sedang mengikuti perkembangan di Syria dan berharap situasi kemanusiaan di negara itu akan bertambah baik selepas pemberontak menggulingkan kerajaan Syria.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun catat musim luruh terpanas dalam 126 tahun
Purata suhu di seluruh Jepun dari September hingga November tahun ini mencatatkan rekod tertinggi sejak pengumpulan data bermula pada 1898.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mahkamah Tinggi kekal keputusan tolak desakan henti operasi reaktor nuklear Miyagi
Mahkamah Tinggi Sendai pada Rabu mengekalkan keputusan mahkamah rendah yang menolak permintaan penduduk setempat untuk menghentikan operasi sebuah reaktor nuklear di timur laut Jepun.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Korea Selatan, AS, Jepun lancar sekretariat tiga pihak di Seoul
Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS), dan Jepun secara rasmi melancarkan sekretariat untuk kerjasama tiga pihak pada Rabu, selepas pengumumannya dibuat di sidang kemuncak pemimpin mereka minggu lepas,
Jun Hao naib juara Masters Kumamoto
PEMAIN perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao terpaksa akur tewas kepada pemain China, Li Shi Feng dalam perlawanan akhir Masters Kumamoto di Jepun pada Ahad.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.
Masters Jepun: Jun Hao tewaskan juara All England 2024 untuk melangkah ke pentas final
Jun Hao terpaksa memerah keringat selama 77 minit sebelum menundukkan pilihan keempat kejohanan dengan keputusan 10-21, 21-18, 22-20.