awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Juruaudit syarikat rugi RM1.29 juta terperdaya pelaburan saham tidak wujud

Bernama
Bernama
31/03/2025
06:15 MYT
Juruaudit syarikat rugi RM1.29 juta terperdaya pelaburan saham tidak wujud
Mangsa mula mengesyaki penipuan selepas diminta membuat pembayaran tambahan dan membuat laporan polis. -Gambar hiasan
KUANTAN: Seorang juruaudit syarikat mengalami kerugian RM1.29 juta akibat terperdaya dengan pelaburan saham tidak wujud yang ditawarkan menerusi aplikasi WhatsApp.

Ringkasan AI
  • Seorang juruaudit syarikat mengalami kerugian RM1.29 juta akibat pelaburan saham tidak wujud yang ditawarkan melalui WhatsApp.
  • Mangsa melabur RM50,000 dalam pakej asas dan menerima pulangan modal serta keuntungan, tetapi kemudian membuat 26 transaksi berjumlah RM1.29 juta.
  • Mangsa mula mengesyaki penipuan selepas diminta membuat pembayaran tambahan dan membuat laporan polis.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata wanita berusia 43 tahun itu dimasukkan dalam satu kumpulan WhatsApp pelaburan berkenaan pada 16 Julai 2024.
Beliau berkata mangsa yang juga seorang subkontraktor kemudiannya melabur RM50,000 dalam pakej asas dan menerima pulangan modal serta keuntungan RM49,000.
"Dalam tempoh 16 Jan hingga 25 Mac lepas pula, mangsa membuat 26 transaksi ke dalam lima akaun bank berbeza berjumlah RM1.29 juta.
"Bagaimanapun, mangsa mula mengesyaki diperdaya selepas diminta membuat pembayaran tambahan, yang kononnya sebagai caj pengeluaran keuntungan dianggarkan bernilai lebih RM3.1 juta," katanya dalam kenyataan hari ini.
Yahaya berkata mangsa yang melabur menggunakan wang simpanan, gadaian barang kemas dan pinjaman wang daripada rakan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan semalam dan kes siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#WhatsApp
#juruaudit syarikat
#pelaburan saham tidak wujud
#pembayaran tambahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan