awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurulatih cabul kanak-kanak: Polis terima satu lagi laporan

Sinar Harian
Sinar Harian
08/11/2023
10:32 MYT
Jurulatih cabul kanak-kanak: Polis terima satu lagi laporan
Laporan berkenaan dibuat ibu mangsa kira-kira jam 7.20 petang pada Selasa. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Seorang lagi kanak-kanak perempuan mendakwa menjadi mangsa cabul tenaga pengajar sebuah pusat mempertahankan diri dekat sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, laporan berkenaan dibuat ibu mangsa kira-kira jam 7.20 petang pada Selasa.
"Ibu kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun telah tampil membuat laporan polis mendakwa anaknya telah menjadi mangsa suspek.
"Setakat ini polis telah menerima lima laporan berhubung kejadian dan siasatan lanjut masih lagi dijalankan," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.
Jumaat lalu, seorang pelajar sebuah kolej swasta diberkas dipercayai terlibat dalam beberapa kes cabul melibatkan kanak-kanak perempuan di sebuah pusat mempertahankan diri dekat sini.
Suspek yang merupakan tenaga pengajar seni mempertahankan diri itu dipercayai terlibat dalam kes cabul melibatkan beberapa kanak-kanak perempuan di pusat berkenaan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes cabul
#jurulatih cabul
#pusat mempertahankan diri
#shah alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan