awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tampil sugul di mahkamah, Kamal Adli sukar ulas nasib perkahwinan dengan Uqasha Senrose: “Kalau tiada jodoh, Wallahu’alam”
Meta nafi dakwaan kebocoran data 17.5 juta akaun Instagram
xAI rancang bangunkan AI kuasai robot seperti Tesla Optimus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurulatih ragbi B-12 Kedah maut kemalangan

Bernama
Bernama
26/11/2025
21:45 MYT
Jurulatih ragbi B-12 Kedah maut kemalangan
Mohd Amirul maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan 4WD di KM 3.5 Jalan Sungai Petani-Kuala Ketil dekat Sungai Petani petang Rabu. - Foto Kedah Rugby Union
SUNGAI PETANI: Seorang jurulatih pasukan ragbi lelaki bawah 12 tahun (B-12) Kedah maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 3.5 Jalan Sungai Petani-Kuala Ketil dekat sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata mangsa Mohd Amirul Awang, 34, mengalami kecederaan pada kepala dan disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).
"Dalam kejadian 2.30 petang itu, mangsa yang juga guru di Sekolah Kebangsaan Tuan Syed Al-Jafri dekat sini, menunggang motosikal Honda Vario dari arah Sungai Petani menghala ke Kuala Ketil.
"Sebuah kenderaan Ford Ranger dipandu seorang lelaki berusia 27 tahun, yang datang dari arah bertentangan dikatakan membuat pusingan 'U' secara tiba-tiba menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak dan terlanggar bahagian hadapan kenderaan itu," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Hanyan berkata mangsa kemudian dikejarkan ke hospital menaiki ambulan untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira 4 petang semalam.
Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik HSAH untuk bedah siasat manakala perintah tahanan reman terhadap pemandu pacuan empat roda itu akan dipohon hari ini bagi membantu siasatan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jurulatih ragbi
#penunggang motosikal maut
#guru Sekolah Kebangsaan Tuan Syed Al-Jafri
#Sungai Petani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami