awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurulatih Taekwondo cabul lima kanak-kanak didakwa esok

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
09/11/2023
01:10 MYT
Jurulatih Taekwondo cabul lima kanak-kanak didakwa esok
Setakat ini lima laporan diterima membabitkan lima mangsa berbeza berusia antara tujuh hingga sembilan tahun. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang jurulatih seni mempertahankan diri yang didakwa mencabul lima pelatih kanak-kanak di pusat latihan di Shah Alam, akan didakwa di mahkamah, pada Jumaat.
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, suspek yang juga seorang penuntut kolej swasta berusia 20 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Shah Alam, pada jam 8 pagi.
"Untuk makluman, esok (Jumaat) kes cabul jurulatih Taekwondo akan dibuat pertuduhan.
"Terdapat lima pertuduhan yang akan dikenakan terhadap suspek," katanya ringkas kepada media, pada Khamis.
Jumaat lalu, seorang pelajar sebuah kolej swasta diberkas dipercayai terlibat dalam beberapa kes cabul melibatkan kanak-kanak perempuan di sebuah pusat mempertahankan diri, Shah Alam.
Perbuatan jijik lelaki itu terbongkar selepas mangsa mengadu kepada ibu bapa masing-masing.
Sebelum ini, Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian dikatakan berlaku sekitar September sehingga Oktober lalu.
Menurut Mohd Iqbal, setakat ini lima laporan diterima membabitkan lima mangsa berbeza berusia antara tujuh hingga sembilan tahun.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek menjadi tenaga pengajar di pusat latihan itu sejak setahun lalu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Topic Berkaitan
#cabul
#Kanak-kanak
#taekwondo
#Mohd Iqbal Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan