Jururawat Jabatan Radioterapi Hospital Kuala Lumpur (HKL) tidak menyangka melahirkan anak keduanya, seorang bayi lelaki, pada Hari Wilayah Persekutuan.
Nur Ain Abdul Latif, 32, yang berasal dari Raub, Pahang berkata mengikut kiraan doktor beliau sepatutnya melahirkan bayinya pada 28 Feb ini.
"Saya tidak menyangka anak kedua saya dilahirkan tiga minggu lebih awal dari tarikh yang sepatutnya dan juga tepat pada Hari Wilayah... saya amat bersyukur kerana kali ini melahirkan bayi lelaki seperti yang dihajati.
"Sebelum ini, ketika mengandungkan anak sulung saya imbasan yang dilakukan menunjukkan ia adalah lelaki tetapi apabila lahir ternyata ia bayi perempuan yang kini sudah berusia empat tahun," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata bayi lelakinya yang pramatang seberat 2.6kg itu dilahirkan secara pembedahan pada 12.23 pagi tadi.
Nur Ain berkata disebabkan terlalu awal melahirkan anak itu, beliau dan suaminya masih belum memikirkan nama untuk diberikan kepadanya.
Setakat pukul 11.30 pagi tadi, seramai 15 bayi termasuk empat perempuan dilahirkan di HKL sempena Hari Wilayah Persekutuan.
Sementara itu, Norazariah Abd Majid, 23, yang melahirkan anak pertamanya, berkata beliau memang berdoa untuk mendapat anak sempena Hari Wilayah Persekutuan ini.
Beliau yang sepatutnya bersalin semalam, melahirkan bayi lelaki itu lewat sehari dari tarikh jangkaan doktor.
Norazariah yang bekerja di sebuah kedai buku bersyukur anaknya dilahirkan hari ini kerana cuti umum, sekali gus memudahkan ahli keluarganya datang melawat.
Bernama
Mon Feb 01 2016
Wakil parti MyPPP bahagian Setiawangsa menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada bayi baru lahir di HKL hari ini sempena sambutan Hari Wilayah. Turut kelihatan ialah Noor Azariah Abd Majid (empat, kiri). - Gambar Bernama
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Jururawat HKL antara yang melahirkan anak Hari Wilayah
Jururawat Jabatan Radioterapi Hospital Kuala Lumpur (HKL) tidak menyangka melahirkan anak keduanya, seorang bayi lelaki, pada Hari Wilayah Persekutuan.