KUALA LUMPUR: Berulang-alik lebih 60 kilometer ke dalam hutan melalui jalan kebun kelapa sawit berlumpur dengan menunggang motosikal demi memastikan masyarakat Orang Asli mendapat perkhidmatan kesihatan menjadi pengalaman berharga buat Jururawat Masyarakat ini.
Berkhidmat di Klinik Desa Kota Perdana, Pekan, Pahang lebih dua tahun, perjalanan tersebut kini menjadi antara rutin buat Soria Nordin, 43, yang berkhidmat untuk masyarakat Orang Asli di kawasan tersebut khususnya bidang perbidanan melibatkan ibu dan anak.
Berpengalaman hampir 20 tahun dalam bidang kejururawatan, Soria yang pernah bertugas di beberapa kawasan pedalaman termasuk perkampungan Felda, menyifatkan tanggungjawab tersebut mempunyai cabaran berbeza dan istimewa.
"Pengalaman bekerja di kampung Orang Asli satu nikmat yang saya tidak boleh gambarkan sebab dari sudut perjawatan mungkin nampak sama seperti di hospital di bandar, tapi sebenarnya ia berbeza.
"Kita kena duduk dalam jiwa dia (masyarakat Orang Asli) bagi merapatkan jurang dan memudahkan perkhidmatan disalurkan kerana mereka ini kurang kefahaman dan pendedahan, contohnya kalau mereka makan sirih, kita kena belajar juga makan sirih supaya mereka boleh terima kita mendekati mereka," katanya kepada Bernama pada Pameran Bidan di Muzium Negara baru-baru ini.
Soria berkata dia perlu masuk bertugas dan berulang-alik sekurang-kurangnya sembilan kali untuk satu kes kelahiran melibatkan pesakit berpantang di rumah mengikut jadual ditetapkan namun lawatan perlu dibuat setiap hari sehingga pesakit sembuh sekiranya berlaku masalah seperti demam kuning.
Selain itu, Soria turut berdepan cabaran sikap pesakit yang kerap lari dan menyembunyikan diri apabila melibat kelibat petugas kesihatan selain pernah dihalau serta diganggu sebilangan masyarakat setempat.
"Pendekatan kita gunakan adalah tetap bersabar dan kemudian merujuk ahli keluarga lain atau Tok Batin, kita tak akan balik... sebaliknya selagi tak selesai kes, kita akan terus mencuba," katanya.
Menurut Soria, Jururawat Masyarakat juga bertanggungjawab dan menjadi barisan pertama yang perlu memastikan tahap kesihatan pesakit yang dilakukan secara manual di rumah tanpa peralatan canggih sebelum dirujuk ke Klinik Kesihatan.
"Perkara yang kami takut adalah kelahiran di rumah susulan lokaliti klinik desa dan penempatan tersebut yang jauh, kadang-kadang ada juga lokaliti yang tak dapat diakses kenderaan empat roda dan hanya boleh diakses oleh motosikal.
"SOP (prosedur operasi standard) kejururawatan adalah menyelamatkan kedua-dua nyawa, apabila berlaku kes kematian kita akan dipersoalkan, jadi kita adalah barisan pertama yang perlu memastikan keselamatan ibu dan anak terjamin dari peringkat awal," katanya yang turut menyifatkan masyarakat Orang Asli telah banyak berubah dan lebih mudah didekati berbanding dahulu.
Kongsinya masyarakat tersebut juga masih mengamalkan tradisi seperti lenggang perut dan amalan berpantang yang ketat buat ibu yang baru melahirkan termasuk tidak boleh keluar dari rumah selama 44 hari antaranya bagi mengelak digigit serangga.
"Sekiranya anak kena demam kuning dan perlu mendapat rawatan di Klinik Kesihatan cabarannya adalah kita perlu meyakinkan keluarga dan pesakit untuk keluar dari rumah dalam keadaan selamat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 12 2023
Berpengalaman hampir 20 tahun dalam bidang kejururawatan, Soria menyifatkan tanggungjawab tersebut mempunyai cabaran berbeza dan istimewa. - Bernama
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Wujudkan jawatan jururawat pengasuh warga emas depani negara menua - Senator
Seorang Ahli Dewan Negara hari ini mencadangkan agar kerajaan mewujudkan jawatan jururawat pengasuh warga emas sebagai persediaan mendepani cabaran Negara Menua 2030.
KKM nafi jururawat akan disuntik vaksin Virus X
KKM memaklumkan, maklumat berkenaan tidak tepat dan disifatkan tidak bertanggungjawab.
Britain: Jururawat didapati bersalah bunuh 7 bayi di hospital
Seorang jururawat Lucy Letby didapati bersalah membunuh tujuh bayi dalam unit neonatal ketika bekerja di Hospital Countess of Chester di barat laut England.
Denmark mansuh syarat ujian bahasa Denmark sebagai keperluan untuk jadi jururawat
Jururawat dari negara bukan EU akan menjalani tempoh percubaan selama enam bulan sebelum menerima kelulusan akhir.
Isu uniform ketat: Jangan jadikan jururawat bahan kritikan - Nga
Ahli Parlimen pembangkang, khususnya dari Pas tidak sepatutnya menjadikan jururawat sebagai bahan kritikan.
Johor mohon selesaikan isu kekurangan jururawat, doktor
Kekurangan jururawat dan doktor menyebabkan beberapa wad yang membabitkan jumlah katil yang besar tidak dapat digunakan.
Jururawat masyarakat redah hutan demi kesihatan Orang Asli
Berpengalaman hampir 20 tahun dalam bidang kejururawatan, Soria menyifatkan tanggungjawab tersebut mempunyai cabaran berbeza dan istimewa.
Kerajaan sentiasa hargai, sokong jururawat di negara ini - Dr Zaliha
Menteri Kesihatan harap semua jururawat terus berusaha dan meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kesihatan di negara ini.
Jururawat didakwa bunuh bayi sendiri berusia 6 bulan
Zahrul Ashrik Zulkaflee mengangguk faham apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Jesseca Daimis.
Sarawak perlukan lebih ramai jururawat - Timbalan Premier
Sarawak memerlukan lebih ramai jururawat untuk penjagaan akut, penjagaan khusus dan untuk penempatan di klinik-klinik kawasan pedalaman.