awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jururawat rugi lebih RM10,000 diperdaya beli barang kemas di laman sosial

Bernama
Bernama
22/05/2021
02:38 MYT
Jururawat rugi lebih RM10,000 diperdaya beli barang kemas di laman sosial
Seorang jururawat dakwa rugi RM10,422 setelah diperdaya dalam urusan pembelian barang kemas menerusi Instagram. -Gambar hiasan/Pixabay.com
KUANTAN: Seorang jururawat mendakwa kerugian RM10,422, setelah diperdaya dalam urusan pembelian barang kemas menerusi laman sosial Instagram, Khamis lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 33 tahun mendakwa berminat membeli seutas gelang tangan yang diiklankan pada harga RM422.
"Mangsa mendakwa telah menghubungi seorang wanita pada hari yang sama untuk urusan pembayaran sebelum dimaklumkan dia perlu membuat bayaran tambahan sebagai caj pentadbiran dan penghantaran.
"Mangsa dikatakan telah membuat tiga transaksi pemindahan wang ke akaun diberikan suspek pada Khamis dan Jumaat, namun mendakwa sehingga kini masih belum menerima gelang tangan itu," katanya menerusi kenyataan, di sini, pada Jumaat.
Mohd Wazir berkata mangsa yang turut gagal menghubungi suspek membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini semalam, dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jururawat
#barang kemas
#Mohd Wazir Mohd Yusof
#gelang tangan
#Jabatan Siasatan Jenayah Komersial
#laman sosial
#Instagram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan