PUTRAJAYA: Seorang bekas juruteknik komputer sambilan terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati terhadapnya dengan pemenjaraan 38 tahun atas kesalahan menculik dan membunuh pengurus kilang sarung tangan yang mayatnya ditemukan di kawasan pembuangan sampah di Sungai Siput, Perak, 17 tahun lepas.
Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Yan Wai Seng, 36, di bawah Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023.
"Mahkamah memerintahkan hukuman mati pemohon (Yan) diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara 38 tahun yang diperintahkan berjalan secara serentak bermula dari tarikh tangkap (1 Mei 2007) atas kesalahan membunuh dan menculik," katanya.
Tengku Maimun, yang bersidang bersama-sama Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan, turut memerintahkan Yan dikenakan 12 sebatan bagi kesalahan membunuh manakala lima sebatan kerana menculik.
Pada 3 Dis 2012, Mahkamah Tinggi Ipoh menjatuhkan hukuman mati terhadap Yan dan seorang lagi individu Chew Wai Keong, selepas didapati bersalah membunuh Teh Wai Toong, 31, di sebuah rumah di Taman Utama, Ipoh, Perak antara 2.30 petang 26 April 2007 sehingga 2.30 petang 29 April 2007, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mereka juga dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah sama kerana menculik mangsa sama untuk mendapatkan wang tebusan sebanyak RM200,000, dengan cara mengurungnya secara tidak sah di lokasi sama antara 11 malam, 20 April 2007 hingga 2.30 petang, 26 April 2007 dan dituduh mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Pada 5 April 2014, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman mati terhadap kedua-dua lelaki itu atas kesalahan membunuh dan menculik, sebelum Mahkamah Persekutuan pada 23 Feb 2018 mengekalkan hukuman terhadap Yan. Namun rayuan Chew dibatalkan mahkamah kerana dia telah meninggal dunia.
Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Ng Siew Wee memohon supaya hukuman mati dikekalkan terhadap Yan, manakala peguam Abdul Rashid Ismail yang mewakili Yan memohon agar hukuman mati diketepikan kerana peranan anak guamnya dalam insiden itu sangat kecil, selain dia tidak terlibat untuk menyiksa mangsa.
Di mahkamah sama, Tengku Maimun turut mengetepikan hukuman mati terhadap bekas ahli perniagaan Loh Yoon Fatt, 52, dan menggantikan hukuman itu dengan penjara 35 tahun kerana membunuh seorang perunding perniagaan dengan menggunakan besi pengunci kereta pada Hari Krismas, 15 tahun lepas.
Tengku Maimun memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan di bawah Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023.
"Mahkamah memerintahkan hukuman mati diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara 35 tahun dari tarikh tangkap pada 26 Dis 2009," katanya.
Pada 21 Nov 2011, Loh dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Ipoh selepas didapati bersalah membunuh Lam Siew Kong, 59, di tempat letak kereta sebuah restoran di Jalan Sultan Abdul Halim, Ipoh pada 9.20 malam, 25 Dis 2009, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Hukuman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu turut dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, masing-masing pada 2013 dan 2014.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norzilati Izhani Zainal @ Zainol manakala Loh diwakili peguam Tan Guat Cheng.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 21 2024

Tengku Maimun memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan di bawah Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023. - Gambar hiasan/Freepic

China terus catat kenaikan aliran masuk pelaburan asing
China merekodkan penubuhan sebanyak 12,603 syarikat pelaburan asing dalam tiga bulan pertama 2025, meningkat 4.3 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Remaja lelaki cedera, nyaris diculik ketika joging
Mangsa cedera pada bahagian muka dan lengan akibat pergelutan dengan suspek.

Kebenaran operasi semula: Penternak babi di Paya Mengkuang perlu patuh dua syarat
Penternak ladang ternakan babi di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru di sini, perlu mematuhi dua syarat ketat yang ditetapkan sekiranya mahu meneruskan semula operasi ladang tersebut.

Orang Asli Jakun berjaya ketepi perintah jualan kondominium di Keramat
Sebanyak 65 Orang Asli suku kaum Jakun berjaya dalam permohonan mereka untuk mengetepikan perintah mahkamah pada 2023 berhubung penjualan 57 unit kondominium di Lanai Gurney, Keramat.

Jejak Al-Haramain: Jemaah tanpa visa haji bakal diusir, didenda dan disenarai hitam
Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, Roslan Sharif berkata, kerajaan Arab Saudi telah memperketatkan peraturan yang melarang individu menunaikan haji tanpa visa yang sah.

Pemilihan PKR: 'Kita ambil peduli aduan yang dikemukakan' - Anwar
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan dakwaan wujud ketidakadilan pada Pemilihan Parti Keadilan 2025.

Suri rumah ditahan curi wang tabung surau
Kejadian itu disedari seorang penduduk kampung yang kemudiannya melaporkan perkara tersebut kepada imam surau berkenaan.

Pengundi Kanada kembalikan Parti Liberal ke tampuk pemerintahan
Rakyat Kanada pada Isnin memilih untuk mengembalikan Parti Liberal ke tampuk pemerintahan bagi tempoh empat tahun lagi.
AWANI Ringkas: Ceroboh tanah Raub: SPRM sudah ada senarai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

SPRM komited perkukuh ekosistem pencegahan rasuah, pengubahan wang haram
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan terus berkolaborasi dengan institusi kewangan, agensi kawal selia seperti Bank Negara Malaysia (BNM) dan agensi penguat kuasa.

Titah Adendum: Soalan dikemuka AG isu kepentingan awam - Mahkamah
Mahkamah Persekutuan memutuskan tujuh soalan yang dikemukakan Peguam Negara dalam kes melibatkan dokumen tambahan Najib, adalah isu kepentingan awam yang perlu dibincangkan di mahkamah.

Titah Adendum: Permohonan Peguam Negara untuk dibenar merayu diputus hari ini
Keputusan permohonan kebenaran itu akan diputuskan oleh panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Hakim Besar Malaya.

Bunuh warga emas: Hukuman penjara bekas tentera dikurangkan kepada 35 tahun
Mahkamah Persekutuan hari ini mengurangkan hukuman penjara seorang bekas tentera daripada 40 tahun kepada 35 tahun bagi kesalahan membunuh seorang pesara guru wanita dalam kejadian rompakan pada 2017.

Mahkamah Persekutuan tolak semakan Kerajaan Perlis kembalikan status Islam anak Loh
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan semakan Kerajaan Negeri Perlis untuk mengembalikan status agama Islam membabitkan tiga anak Loh Siew Hong.

Kes hasutan: Pendakwaan akan fail bantahan awal terhadap permohonan Muhyiddin
Pihak pendakwaan akan mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan Muhyiddin bagi merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Sri Sanjeevan
Panel hakim memutuskan bahawa penahanan Sri Sanjeevan adalah sah mengikut waran tahanan Majistret.

Mahkamah Persekutuan AS arah pentadbiran Trump tidak usir pelajar sokong Palestin
Seorang hakim Mahkamah persekutuan telah mengarahkan pentadbiran Presiden Donald Trump untuk tidak mengusir Badar Khan Suri, seorang lelaki India yang merupakan pelajar Universiti Georgetown.

Bunuh isteri dan bayi, Mahkamah Persekutuan kembalikan hukuman mati bekas pemandu lori
Mahkamah Persekutuan hari ini mengembalikan hukuman mati seorang bekas pemandu lori kerana membunuh isteri dan bayi perempuannya yang berusia tujuh bulan, sembilan tahun lepas.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Enam tertuduh kes Zulfarhan dijangka keluar penjara 4 tahun lagi - Peguam
Beliau berkata, memandangkan mereka telah ditempatkan di penjara sejak tahun 2017, maka mereka masih ada baki empat tahun sahaja lagi untuk menyelesaikan hukuman itu.