Skip to main content

Malaysia

Juruteknik universiti didakwa pecah amanah lebih RM165,000

JOHOR BAHRU, 12 Feb -- Juruteknik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Mohd Rizal Sangaiman, 45, (kanan) dihadapkan di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM165,094.50, lima tahun lepas.  Mohd Rizal bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.  Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dan menetapkan 31 Mac depan untuk sebutan semula bagi serahan
Mohd Rizal (kanan) didakwa menyalahgunakan wang milik universiti itu untuk kegunaan sendiri. - Gambar/ Bernama

JOHOR BAHRU: Seorang juruteknik sebuah universiti mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM165,094.50, lima tahun lepas.

Mohd Rizal Sangaiman, 45, didakwa menyalahgunakan wang milik universiti itu untuk kegunaan sendiri sebanyak RM67,429 antara  28 Jan hingga 27 Nov 2021, dan RM97,665.50 antara 1 Jan hingga 11 Jun 2022.

Advertisement

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bank di Batu Pahat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ameera D’Aneez Mohd Shukari, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin warga Malaysia dan menetapkan 31 Mac ini untuk sebutan semula kes.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video