awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurutera kanan JKR didakwa terima suapan

Astro Awani
Astro Awani
24/04/2018
05:38 MYT
Jurutera kanan JKR didakwa terima suapan
Azizan (dua dari kanan) turut didakwa atas kesalahan sama melibatkan jumlah suapan RM19,750 pada 13 Jun tahun lalu. - Foto Astro AWANI
Seorang jurutera kanan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kulai dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas tuduhan rasuah pada tahun 2015.
Tertuduh, Azizan Mohamed Yasin, 39 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Kamarudin Kamsun.
Mengikut pertuduhan, Azizan didakwa secara rasuah menerima satu suapan sebanyak RM25,000 melalui akaun Maybank milik Zaharah Ahmad daripada Abu Bakar A.Aziz, pukul 4.03 petang 23 Oktober 2015.
Ia sebagai satu dorongan memberikan kerja-kerja menaik taraf cerun dan tempat letak kenderaan jabatan berbumbung di JKR Kulai.
Azizan didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang dihukum dibawah Seksyen 24(1) akta yang sama.
Tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Khazrin Haffiz Khalil manakala tertuduh diwakili peguam Azi Azmi.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan perlu menyerahkan pasport antarabangsa.
Mahkamah menetapkan 22 Mei ini untuk sebutan semula kes.
Terdahulu , Azizan turut didakwa atas kesalahan sama melibatkan jumlah suapan RM19,750 pada 13 Jun tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Azizan Mohamed Yasin
#JKR
#Johor Bahru
#jurutera kanan
#Kulai
#Mahkamah Sesyen
#mengaku bersalah
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan