MALAYSIA
Jurutera maut kemalangan dalam perjalanan ke masjid

Mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: Seorang jurutera lelaki maut selepas motosikal ditungganginya melanggar seekor babi yang melintas di hadapan Masjid Berangan, di sini pagi tadi.
Ringkasan AI
- Seorang jurutera, Azhar Yusof, maut selepas motosikal ditungganginya melanggar seekor babi yang melintas di hadapan Masjid Berangan ketika dalam perjalanan menunaikan solat subuh.
- Mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala mayat dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk tindakan lanjut.
- Polis menyiasat kes di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan menerima laporan daripada orang awam sekitar jam 6.30 pagi.
"Siasatan awal mendapati motosikal mangsa yang sedang telah melanggar binatang dipercayai khinzir yang melintas dari arah kiri motosikal ke tengah jalan. Akibat kemalangan itu mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azli berkata mayat telah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami