awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurutera perkapalan dituduh bunuh penjawat awam

Sinar Harian
Sinar Harian
14/09/2023
02:55 MYT
Jurutera perkapalan dituduh bunuh penjawat awam
Harun Narresat (tengah) dikawal ketat polis ketika tiba di Mahkamah Majistret Tanah Merah hari ini. - Foto Sinar Harian
TANAH MERAH: Seorang jurutera perkapalan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas tuduhan membunuh seorang penjawat awam dalam pergaduhan di sebuah kedai makan di Machang pada 3 September lalu.
Tertuduh, Harun Narresat Ibrahim, 46, didakwa di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad.
Harun mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan namun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Berdasarkan pertuduhan itu, Harun Narresat didakwa membunuh Tuan Mohd Salleh Tuan Ibrahim, 51, di sebuah kedai makan berhadapan Hospital Machang di Jalan Pasir Puteh Lama, Machang pada jam 11.30 pagi.
Bagi kesalahan tersebut, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Jika sabit kesalahan, tertuduh hendaklah dihukum mati atau penjara selama tempoh minimum 30 tahun, maksimum 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah juga dihukum sebat minimum 12 sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan negeri Kelantan, Muhammad Zaki Abdul Kudos manakala tertuduh diwakili peguam, Tengku Shazuan Tg Shariffudin.
Mahkamah menetapkan 13 November ini sebagai tarikh sebutan semula bagi mendapatkan laporan kimia dan forensik sebelum kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu.
Sebelum itu, akhbar melaporkan satu pergaduhan berlaku antara dua lelaki hingga meragut nyawa seorang daripada mereka selepas dipercayai ditumbuk hingga mengakibatkan pendarahan serius pada bahagian muka, parah kedua-dua mata dan patah tulang rusuk kiri.
Lelaki terbabit kemudian meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Machang. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penjawat awam
#Mahkamah Majistret
#gaduh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan