awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Jaringan lewat Hidalgo selamatkan maruah JDT
Tiga rumah terbakar di Kampung Kubang Buyung
Sultan Nazrin berangkat ke majlis makan malam sambutan ulang tahun ke-30 Lumut Port
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurutera rugi lebih RM100,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian

Bernama
Bernama
08/08/2025
09:00 MYT
Jurutera rugi lebih RM100,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian
Lelaki berusia 31 tahun itu terperdaya selepas menerima panggilan telefon daripada suspek yang mendakwa dia terlibat dalam sindiket keldai akaun. - Gambar hiasan
CHUKAI: Polis mengesahkan seorang jurutera kerugian RM114,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan dalam talian yang menyamar sebagai pegawai polis dari Bukit Aman pada 5 Ogos lepas.

Ringkasan AI
  • Seorang jurutera berusia 31 tahun kerugian RM114,000 selepas diperdaya oleh individu menyamar sebagai pegawai polis Bukit Aman yang mendakwa mangsa terlibat dalam sindiket keldai akaun.
  • Mangsa panik dan membuat lima pembayaran ke empat akaun berbeza dalam tempoh dua hari seperti diarahkan suspek, sebelum menyedari ditipu apabila gagal menghubungi semula individu terbabit.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan polis mengingatkan orang ramai agar berwaspada terhadap panggilan mencurigakan yang meminta bayaran atas alasan keselamatan atau undang-undang.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Razi Rosli berkata lelaki berusia 31 tahun itu menerima panggilan telefon daripada suspek yang mendakwa dia terlibat dalam sindiket keldai akaun.
Beliau berkata suspek mengarahkan mangsa membuat sejumlah pembayaran bagi mengelak ditangkap dan membersihkan namanya.
Mangsa yang panik telah membuat lima kali pembayaran berjumlah RM114,000 ke empat akaun berbeza dalam tempoh dua hari seperti diarahkan suspek.
"Mangsa menyedari ditipu selepas usaha menghubungi suspek gagal. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes penipuan
#penipuan pelaburan
#golongan profesional
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan