awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurutera rugi RM230,000 angkara pelaburan tidak wujud

Bernama
Bernama
03/08/2025
03:10 MYT
Jurutera rugi RM230,000 angkara pelaburan tidak wujud
Seorang jurutera kerugian RM230,000 akibat terperdaya skim pelaburan tidak wujud yang disertainya secara dalam talian bulan lepas. - Gambar hiasan
KUANTAN: Seorang jurutera kerugian RM230,000 akibat terperdaya skim pelaburan tidak wujud yang disertainya secara dalam talian bulan lepas.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, lelaki berusia 67 tahun itu, pada mulanya menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada seorang individu yang menawarkan peluang pelaburan dengan menjanjikan pulangan lumayan.
"Mangsa ditawarkan skim pelaburan menjanjikan pulangan sehingga RM150,000 sekiranya melabur RM50,000 dan lelaki terbabit telah membuat sembilan kali transaksi ke empat akaun bank dari 16 hingga 31 Julai lepas.
"Selepas pembayaran dibuat menggunakan wang simpanannya, mangsa terus diminta melakukan bayaran tambahan atas alasan kononnya terdapat masalah semasa pemprosesan pelaburan yang membuatkan lelaki itu berasa ditipu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Yahaya berkata, mangsa telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jurutera kerugian
#pelaburan tidak wujud
#skim pelaburan
#Ketua Polis Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan