awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurutera Singapura rugi RM1.9 juta ditipu pelaburan tidak wujud

Bernama
Bernama
19/10/2024
03:15 MYT
Jurutera Singapura rugi RM1.9 juta ditipu pelaburan tidak wujud
Pada awalnya, warga emas itu melihat iklan pelaburan terbabit di laman Facebook pada Disember lepas dan menekan pautan yang diberikan sebelum dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp pelaburan.
JOHOR BAHRU: Seorang jurutera warganegara Singapura mengalami kerugian RM1.9 juta akibat menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, laporan polis dibuat lelaki berusia 64 tahun itu pada Khamis lepas setelah menyedari ditipu apabila sindiket berkenaan tidak lagi dapat dihubungi.
Beliau berkata, mulanya warga emas itu melihat iklan pelaburan terbabit di laman Facebook pada Disember lepas dan menekan pautan yang diberikan sebelum dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp pelaburan.
"Tertarik janji keuntungan lima hingga 12 peratus, warga emas itu mengikut arahan suspek dan memuat naik aplikasi diminta bagi tujuan pendaftaran dan memantau pelaburan serta keuntungan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kumar berkata, jurutera itu mula melabur pada Februari lepas dengan membuat pembayaran secara dalam talian ke akaun bank di Malaysia sebagaimana yang diarahkan dengan jumlah keseluruhan RM1.94 juta, dan hanya menyedari tertipu selepas dia gagal membuat pengeluaran wang keuntungan.
"Lelaki itu turut diarahkan membuat pelbagai bayaran lain termasuk cukai sekiranya mahu mendapatkan semula modal yang dilaburkan. Suspek kemudiannya gagal dihubungi, dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 420/411 Kanun Keseksaan," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#jurutera Singapura
#scam
#pelaburan tidak wujud
#ketua polis johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan