awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BISNES
Harga runcit RON95 kekal, RON97 naik tujuh sen
DUNIA
Tehran hilang kepercayaan terhadap Washington, yakin negara Arab tolak serangan AS dari wilayah mereka
MALAYSIA
Amang seksual: Pelajar tahfiz dikenakan bon berkelakuan baik dua tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Jurutera wanita rugi RM336,760 ditipu sindiket penipuan telefon - Polis

Bernama
Bernama
17/06/2025
12:30 MYT
Jurutera wanita rugi RM336,760 ditipu sindiket penipuan telefon - Polis
Seorang jurutera wanita di sebuah kilang di Bayan Lepas dekat sini kerugian RM336,760 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan telefon atau phone scam yang menyamar sebagai pegawai MCMC dan polis, baru-baru ini. - Foto hiasan
GEORGE TOWN: Seorang jurutera wanita di sebuah kilang di Bayan Lepas dekat sini kerugian RM336,760 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan telefon atau phone scam yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan polis, baru-baru ini.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata mangsa berusia 35 tahun itu menerima panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali ketika sedang bekerja pada 25 Mac lepas.
"Seorang lelaki yang menghubungi mangsa memperkenalkan diri sebagai wakil MCMC dan mendakwa nombor telefon milik wanita itu telah digunakan dalam 33 laporan polis berkaitan pelbagai jenayah, sebelum panggilan itu disambungkan kononnya ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.
"Individu yang menyamar sebagai pegawai polis itu mendakwa mangsa terlibat dalam kes pengubahan wang haram dan diarahkan menyerahkan semua wang miliknya untuk tujuan siasatan.
"Mangsa diberi jaminan bahawa wang tersebut akan dipulangkan selepas siasatan selesai. Malah, suspek turut mengugut akan mengeluarkan waran tangkap sekiranya arahan tidak dipatuhi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hamzah berkata mangsa yang ketakutan dengan ugutan itu telah mengikut arahan suspek dan memindahkan wang secara dalam talian serta melalui deposit tunai ke dalam 14 akaun bank berbeza dari 25 Mac hingga 9 Jun lepas, sehingga kesemua wang simpanannya habis.
Beliau berkata suspek masih menuntut bayaran tambahan dan mangsa yang menyedari dirinya telah ditipu bertindak membuat laporan polis semalam.
Katanya kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menipu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jurutera wanita
#sindiket penipuan telefon
#phone scam
#polis pulau pinang
#MCMC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami