INTERNATIONAL
Juruterbang maut nahas 2 pesawat ketika sambutan ulang tahun Tentera Udara

Kemalangan itu berlaku di Pangkalan Udara No 11 di Beja, selatan Portugal yang menjadi tuan rumah kepada pertunjukan udara untuk meraikan ulang tahun ke-72 Tentera Udara Portugal (PAF). - Gambar/ Media sosial
ISTANBUL: Nahas udara melibatkan dua pesawat kecil di sebuah pertunjukan udara di Portugal pada Ahad mengorbankan seorang juruterbang dan mencederakan seorang lagi, lapor Agensi Anadolu yang memetik agensi berita Portugal, Lusa.
Ringkasan AI
- Dua pesawat kecil terbabit nahas di pertunjukan udara di Portugal, mengorbankan seorang juruterbang Sepanyol dan mencederakan seorang lagi.
- Nahas berlaku di Pangkalan Udara No 11 di Beja semasa sambutan ulang tahun ke-72 Tentera Udara Portugal.
- Tentera Udara Portugal akan menyiasat nahas itu; pesawat yang terlibat adalah Yakovlev Yak-52.
Ia berkata pihak tentera udara memberikan perkhidmatan kecemasan,di bawah pelan kontingensi disediakan, yang dilaksanakan dengan segera.
Pihak media memetik sumber PAF yang mengenal pasti dua pesawat itu adalah pesawat latihan era Soviet, Yakovlev Yak-52 dan menambah juruterbang yang terkorban itu merupakan rakyat Sepanyol.
Menteri Pertahanan Portugal Nuno Melo berkata pihak tentera udara akan melakukan siasatan ke atas nahas itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami