awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
Penyanyi Nigeria, Ifunanya Nwangene meninggal dunia dipatuk ular tedung di dalam rumah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut kebakaran rumah di Telok Air Tawar

Bernama
Bernama
10/12/2025
09:00 MYT
Dua maut kebakaran rumah di Telok Air Tawar
Dua maut manakala seorang lagi cedera dalam kebakaran di sebuah rumah di Taman Rathna, Telok Air Tawar di Butterworth, pagi tadi. - Foto Bernama
BUTTERWORTH: Dua maut manakala seorang lagi cedera dalam kebakaran di sebuah rumah di Taman Rathna, Telok Air Tawar di sini, pagi tadi.

Ringkasan AI
  • Kebakaran di Taman Rathna, Telok Air Tawar, Pulau Pinang mengorbankan dua nyawa dan satu cedera pagi tadi.
  • Mangsa yang meninggal ialah seorang ibu 50-an tahun dan anak angkat perempuannya, manakala anak lelaki mengalami kecederaan serius.
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang menjalankan kerja-kerja pemulihan sementara kebakaran yang melibatkan rumah kelas A berlaku.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Mohamad Shoki Hamzah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.41 pagi dan 20 anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth dibantu Balai Perda serta Penanti digerak ke lokasi kejadian.
Beliau berkata mangsa yang maut merupakan seorang ibu berusia 50-an dan anak angkat perempuannya dipercayai berusia empat hingga lima tahun, manakala anak lelaki berusia 20-an mengalami kecederaan.
"Kedua-dua mangsa ditemukan di ruang tamu berhampiran pintu utama manakala mangsa lelaki ditemukan di kawasan pintu dapur dalam keadaan cedera selepas dihempap bumbung.
"Kebakaran melibatkan sebuah rumah kelas A berkeluasan 40x70 kaki persegi dengan anggaran kemusanah 85 peratus," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Shoki berkata mangsa yang cedera dikeluarkan pada 10.21 pagi dan dibawa ke Hospital Seberang Jaya, manakala mayat kedua-dua mangsa dijumpai pada 10.59 pagi dengan kebakaran dapat dipadamkan pada 11.21 pagi.
Beliau berkata ketika ini kerja-kerja overhaul sedang dijalankan dan maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
-- BERNAMA



Topic Berkaitan
#dua maut
#kebakaran
#Telok Air Tawar
#Bomba Pulau Pinang
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan