MALAYSIA
Justin Trudeau batal hasrat sertai SAREF 4.0

Trudeau (foto) sebelum ini dijadualkan berkongsi pandangan mengenai dasar iklim serta inisiatif tenaga boleh diperbaharui. -Gambar fail/Reuters
KUCHING: Bekas Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau tidak akan menyertai Forum Tenaga Lestari dan Boleh Diperbaharui Sarawak (SAREF) edisi ke-4, September ini.
Ringkasan AI
- Justin Trudeau tidak akan hadir ke Forum Tenaga Lestari dan Boleh Diperbaharui Sarawak (SAREF) 4.0 pada September 2025.
- Ketidakhadiran beliau disahkan oleh penganjur, Sarawak Energy Berhad, walaupun sebelum ini dijadualkan berkongsi pandangan mengenai dasar iklim dan tenaga boleh diperbaharui.
- Kehadiran beliau sebelum ini menimbulkan kegelisahan susulan pendiriannya yang menyokong Zionis.
Trudeau sebelum ini dijadualkan berkongsi pandangan mengenai dasar iklim serta inisiatif tenaga boleh diperbaharui.
"Yang Berhormat Justin Trudeau, bekas Perdana Menteri Kanada dan Pengerusi Bersama Kumpulan Advokasi SDG Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pada asalnya dijadualkan untuk berkongsi pandangan beliau mengenai dasar iklim dan inisiatif tenaga boleh diperbaharui.
"Namun, telah disahkan bahawa Yang Berhormat Justin Trudeau tidak akan menyertai SAREF 4.0.
"Kami menghargai ucapan beliau yang penuh harapan terhadap kejayaan forum ini, yang terus berperanan sebagai platform untuk pertukaran ilmu dan kerjasama, menghimpunkan pakar serta pemimpin global dari pelbagai latar belakang dalam usaha memperkukuh inisiatif tenaga boleh diperbaharui yang berteraskan matlamat bersama," tulis kenyataan itu.
SAREF 4.0 yang berlangsung pada 3 dan 4 September akan menampilkan barisan pakar antarabangsa dan serantau dalam bidang tenaga lestari, dasar iklim serta pembangunan inklusif, sekali gus memastikan pertukaran perspektif dan amalan terbaik di peringkat global.
Forum ini merupakan platform penting bagi memperkukuh kerjasama dan perkongsian ilmu, khususnya dalam usaha mencapai matlamat bersama mempercepatkan peralihan tenaga bersih serta membina daya tahan iklim untuk masa depan mampan.
Sebelum ini, kehadiran Trudeau menimbulkan kegelisahan beberapa pihak di negara ini, susulan pendiriannya yang menyokong Zionis.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami