Calon naib presiden, Jusuf Kalla dimasukkan ke Hospital Abdi Waluyo di Jakarta Pusat sebaik selesai acara debat pada malam Ahad.
Jusuf, 72, dipercayai dimasukkan ke hospital itu kerana keletihan berikutan aktiviti kempen yang padat menjelang Pemilihan Umum (PEMILU) Presiden, 9 Julai depan.
Selepas berakhir acara debat yang hanya membabitkan calon naib presiden, Jusuf ke Hospital Abdi Waluyo bagi memeriksa keadaan kesihatannya, namun doktor yang merawat gandingan calon presiden Joko Widodo itu memutuskan untuk menahannya di hospital ekoran tahap kesihatan yang terus merosot.
Pada Isnin, sejumlah rakan dan pemimpin pasukan kempen pasangan Jokowi-Jusuf melawat bekas naib presiden Indonesia itu, antaranya bekas Menteri Perindustrian, Fahmi Idris.
Ketika ditemui pemberita, Fahmi berkata Jusuf dimasukkan ke hospital tersebut kerana keletihan berikutan jadual kempennya yang padat.
"Berangkat jam 5 pagi, pulang ke rumah jam 12 malam. Itu setiap hari, siapa saja boleh jatuh sakit kalau terus begini. Saya juga dulu pernah begini. Siapa saja boleh seperti ini akibat keletihan," kata Fahmi.
Beliau berkata doktor menasihatkan Jusuf agar berehat sehingga keadaan kesihatannya pulih.
Pada Ahad malam, Jusuf dan lawannya, Hatta Rajasa, menyertai debat yang menyentuh pembangunan sumber manusia, sains dan teknologi.
Debat itu yang hanya menampilkan calon naib presiden adalah yang keempat daripada lima sesi yang dianjurkan oleh Komiti Pemilihan Umum (KPU) bagi menghadapi Pemilu Presiden tersebut.
Bernama
Mon Jun 30 2014
Jusuf (kanan) dalam satu kempen bersama calon Presiden Joko Widodo. -gambar fail
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
PM Anwar terima kunjungan hormat Jusuf Kalla, bincang isu Palestin
Anwar dan Dr Wan Azizah menerima kunjungan hormat bekas Naib Presiden Indonesia Muhammad Jusuf Kalla dan isterinya, Mufidah di Seri Perdana, Putrajaya, pada malam Khamis.
Wan Azizah, Jusuf Kalla bincang isu kepentingan bersama
Pertemuan itu yang berlangsung selama 30 minit di hotel penginapan mereka di sini, antara lain membincangkan langkah-langkah untuk meningkatkan hubungan baik dan kerjasama yang sedia terjalin.
Dr Wan Azizah tiba di Geneva untuk lawatan kerja tiga hari
Dr Wan Azizah dijadual menyampaikan ucaptama pada dua sesi utama persidangan GPDRR yang akan berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Geneva (CICG), pada Rabu.
Plot 2014 kembali berulang di Pilpres 2019
Dalam pidato di hadapan penyokongnya, Prabowo sekali lagi 'mengumumkan' beliau dan gandingannya, Sandiaga Uno mengungguli Pilpres 2019.
Angka korban insiden banjir, tanah runtuh di Indonesia cecah 68 orang
Sekurang-kurangnya 47 orang cedera manakala tujuh lagi masih hilang di Pulau Sulawesi yang dilanda bencana, kata Sutopo Purwo Nugroho, jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Nasional.
Indonesia jamin permudah permohonan visa sementara pelajar Malaysia
Kerajaan Indonesia memberi jaminan akan mempermudahkan permohonan visa sementara bagi pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian di negara itu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan A
Angka kematian susulan tsunami di Indonesia terus meningkat
Puluhan mangsa dilaporkan masih terperangkap di bawah runtuhan sebuah hotel di Palu yang dilanda ombak setinggi enam meter.
'Selamat tinggal Jakarta-Palembang...jumpa di Hangzhou 2022!'
Lebih 60,000 penonton di stadium dihiburkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan serta nyanyian oleh artis-artis terkenal Indonesia serta persembahan kumpulan K-pop dari Korea Selatan.
Jokowi, Jusuf Kalla lawat Susilo Bambang
Presiden Joko Widodo atau Jokowi, pagi tadi melawat pendahulunya, Susilo Bambang Yudhoyono yang dimasukkan ke Hospital Tentera Gatot Subroto (RSPAD) di Jakarta.
Siapa pun lawannya, Jokowi dijangka kekal presiden Indonesia
Antara yang dijangka menentang Jokowi termasuk seteru lamanya Prabowo Subianto, Agus Harimurti Yudhoyono, Anies Baswedan dan Gatot Nurmantyo.