KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) memberi tumpuan kepada tiga aspek utama dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai hab teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), selaras dengan inisiatif Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL).
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata tiga aspek utama itu ialah pengukuhan infrastruktur komunikasi, menarik pelaburan digital dan membina tenaga kerja serta modal insan dalam sektor teknologi digital.
"Bagi memperkukuh ekosistem kesalinghubungan, K-KOMM telah melaksanakan Pelan Jalinan Digital Negara atau JENDELA sebagai usaha memperluaskan liputan dan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar secara menyeluruh melalui pelbagai inisiatif serta mempersiapkan negara bagi peralihan kepada teknologi 5G.
"K-KOMM turut menambah baik infrastruktur ekosistem kesalinghubungan di bawah pelan JENDELA+ bagi menyokong pelaksanaan MyDIGITAL. JENDELA+ tertumpu kepada tiga unsur iaitu kesalinghubungan antarabangsa (international connectivity atau IC), internet exchange point (IXP) dan pusat data (data centre atau DC)," katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Mohd Apandi Mohamad yang ingin tahu langkah kementerian menjadikan Malaysia sebagai hub ICT di Asia Tenggara.
Bagi aspek pelaburan digital pula, Annuar berkata K-KOMM menerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah merangka strategi dan perancangan untuk lima tahun (2021-2025) yang menumpukan pada lima teras utama bertujuan menarik pelaburan dan memajukan ekonomi digital negara.
Lima teras utama itu antaranya menyasarkan pelaburan RM50 bilion dalam ekonomi digital, mewujudkan 50,000 peluang pekerjaan dalam industri digital, menarik 50 syarikat teknologi Fortune 500 untuk beroperasi di Malaysia dan membolehkan lima syarikat unicorn global beroperasi di negara ini, katanya.
Beliau berkata antara pelan tindakan strategik yang dilaksanakan oleh MDEC untuk menarik pelaburan luar (FDI) dan domestik (DDI) serta memposisikan Malaysia sebagai hab digital ASEAN termasuk memperkasakan Pejabat Pelaburan Digital (DIO), platform kolaborasi bersama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sebagai tetingkap tunggal (single window) untuk memudah cara pelaburan digital.
"Selain itu ialah kolaborasi antarabangsa dan peringkat negeri untuk mempercepatkan pendaratan pelaburan digital; mempercepatkan penjanaan permintaan domestik untuk memacu pelaburan strategik; memastikan kesediaan lokasi pelaburan untuk menyokong inisiatif Malaysia Digital; memacu pelaburan semula syarikat digital di Malaysia dengan mempromosikan peluang pasaran dalam inisiatif Malaysia Digital," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 15 2022

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa yang juga Ahli Parlimen Ketereh ketika sesi soal jawab pada Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini.- Foto BERNAMA

SC cadang perkenal mekanisme pindahan diperkemas ke pasaran utama
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia merancang untuk memperkenalkan mekanisme pindahan diperkemas yang akan membolehkan syarikat pasaran ACE berkelayakan berpindah ke Pasaran Utama mulai 2024.

Malaysia catat pelaburan diluluskan bernilai RM225 bilion pada Jan-Sept 2023, naik 6.6 peratus - MIDA
Sektor perkhidmatan menyumbang RM117.7 bilion, diikuti sektor pembuatan RM99.8 bilion dan sektor utama bernilai RM7.5 bilion.

Nestle Malaysia, PBSMM sumbang 4,000 kotak bantuan kepada mangsa banjir
Nestle komited untuk menyokong sekali gus menghulurkan bantuan menerusi pelbagai program terutama kepada mereka yang terkesan akibat banjir.

Terengganu sertai 36 jenis sukan di SUKMA 2024
Terengganu akan menyertai 36 daripada 37 jenis sukan yang dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak, Ogos tahun depan.
Boris Johnson kesal atas kehilangan nyawa ketika pandemik
Bekas Perdana Menteri Britain, Boris Johnson pada Rabu memohon maaf dan kesal atas kehilangan nyawa ketika pandemik COVID-19.
Hubungan erat Rusia-UAE tidak pernah berlaku sebelum ini - Putin
Hubungan antara Rusia dan Emiriah Arab Bersatu berada pada tahap tinggi yang tidak pernah berlaku sebelum ini, kata Presiden Rusia Vladimir Putin.

Orang Asli kita juara sebenar isu perubahan iklim - Pemangku Raja Pahang
Pahang mempunyai 80,000 penduduk Orang Asli daripada pelbagai suku, yang mendiami kawasan hutan di negeri berkenaan.
Situasi semasa di Gaza semakin teruk setiap jam
Pegawai WHO di Gaza memberitahu situasi semasa wilayah itu semakin teruk setiap jam susulan pengeboman bertubi-tubi rejim zionis di sekitar bandar Khan Younis dan Rafah.
#IsraelCuak
#IsraelCuak
Wanita maut, dua remaja lelaki cedera dalam tembakan di London
Seorang wanita terbunuh manakala dua lagi cedera dalam kejadian tembakan di Hackney, London.
17 maut bas terbabas ke gaung di Filipina
Sekurang-kurangnya 17 penumpang terbunuh manakala tujuh lagi kritikal, apabila bas dinaiki mereka terbabas di ‘selekoh maut’ sebelum terjunam dalam gaung di kaki sebuah gunung di tengah Filipina.

K-KOMM cadang kolaborasi dengan MDEC, AIM perkasa usahawan wanita digital
K-KOMM bercadang untuk berkolaborasi dengan Perbadanan MDEC dan AIM bagi memperkasa usahawan wanita menguasai dunia digital.

90 tapak 5G siap dibina di Sarawak - Annuar Musa
Pembinaan tapak yang melibatkan kawasan Kuching, Bintulu serta Miri itu dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun depan.

Menara telekomunikasi akan dibina di Pulau Sipadan - Mohammad
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama kerajaan Sabah melalui Taman-Taman Sabah, telah mengenal pasti lokasi bagi pembinaan menara telekomunikasi di Pulau Sipadan.

SKMM rancang wujud 177 PEDi baharu - Mohammad
SKMM merancang mewujudkan 177 Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) baharu iaitu di kawasan Dewan Undangan Negeri yang masih belum mempunyai pusat berkenaan.

8 negeri jadi perintis bandar pintar hasil kerjasama K-KOMM, TM One
Ia bagi merealisasikan aspirasi ekonomi digital negara termasuk pembangunan bandar pintar di seluruh negara yang bermula di lapan negeri.

K-KOMM akan hidupkan kembali warisan telah pupus
Zahidi berkata, pihaknya akan pergi ke setiap negeri untuk mengenal pasti warisan yang telah pupus.

Pelajar diingatkan tidak salah guna, jual tablet PerantiSiswa - Annuar
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa mengingatkan pelajar yang menerima tablet PerantiSiswa Keluarga Malaysia agar tidak menyalahgunakan atau menjualnya.

Kerosakan landskap, rakyat perlu ada sikap tanggungjawab - Annuar Musa
Rakyat di negara ini perlu memupuk sikap tanggungjawab dalam soal memelihara harta benda awam termasuk landskap dan fasiliti awam.

Kementerian berkaitan perlu capai prestasi Jualan Murah Keluarga Malaysia 100 peratus
Annuar berkata ini kerana pelaksanaan program jualan di pusat JMKM itu yang bermula pada 19 Ogos lepas, setakat ini dilihat masih menunjukkan prestasi kurang memuaskan.

Peranan pasukan jihad inflasi luas, tidak terhad isu harga barang - Annuar
Peranan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi tidak terhad kepada isu kenaikan harga barang, sebaliknya ia lebih luas dan melibatkan usaha mengatasi masalah inflasi secara keseluruhan.