KUALA LUMPUR: Mesyuarat Kabinet esok dijangka memperincikan langkah-langkah berhubung isu ibu warganegara Malaysia yang anak mereka dilahirkan di luar negara hasil perkahwinan dengan rakyat asing tidak mendapat kerakyatan kerana tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan membolehkannya.
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata dalam isu ini pokok pangkalnya kerajaan bersedia untuk melihat secara terperinci dari segi dasar berkaitan hal ini untuk membantu menyelesaikan masalah ini dengan cara yang sebaik-baiknya.
"Kabinet telah memutuskan supaya mesyuarat esok mengundang Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun untuk memberikan nasihat tentang cara bagaimana kita harus selesaikan.
"Ia (isu itu) mendapat sambutan yang sangat positif daripada rakan-rakan Kabinet. Perkara ini merupakan isu yang sangat serius. Ia adalah isu diskriminasi dan hak asasi manusia," katanya kepada pemberita selepas menerima petisyen dan surat terbuka kepada Kabinet dari Family Frontiers Malaysia di luar Parlimen hari ini.
Beliau berkata perkara itu telah dibawa dalam mesyuarat Kabinet minggu lepas oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Saifuddin berkata semalam Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin ketika menggulung perbahasan kementeriannya di Dewan Rakyat telah menyebut dengan jelas bahawa kerajaan akan merujuk perkara ini kepada Majlis Raja-Raja dengan hasrat melaksanakan pindaan Perlembagaan.
"Ini kerana di bawah Perlembagaan, hal ehwal kerakyatan itu membabitkan perkenan daripada Majlis Raja-Raja," katanya.
Ditanya mengenai kemungkinan Kabinet menasihati Peguam Negara untuk menarik balik rayuan itu esok, Saifuddin berkata Peguam Negara adalah penasihat kepada kerajaan dan mereka akan membincangkan aspek teknikal esok.
Pada 9 Sept lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bayi dilahirkan di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing secara automatik berhak mendapat kerakyatan negara ini.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Akhtar Tahir memutuskan perkataan 'bapa' dalam Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan perlu bermaksud dan termasuk ibu.
Bagaimanapun pada 13 Sept lepas, kerajaan memutuskan untuk mengemukakan rayuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi itu.
Family Frontiers merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang membela ibu-ibu yang terkesan dengan undang-undang kewarganegaraan berkenaan menerusi kempen #TarikBalikRayuan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 23 2021
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata dalam isu ini pokok pangkalnya kerajaan bersedia untuk melihat secara terperinci untuk menyelesaikannya. - Gambar fail
Gelombang haba bawa derita baharu, risiko penyakit ke Gaza
Peningkatan suhu melampau luar jangka di seluruh Gaza menambah derita yang dihadapi warga Palestin setiap hari di semenanjung itu.
Tarikh akhir pengemukaan Borang E dan CP8D dilanjutkan hingga 31 Mei
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan tarikh akhir pengemukaan Borang E dan C.P.8D dilanjutkan hingga 31 Mei ini.
Rumah terbuka himpunkan penduduk pelbagai kaum Kinabatangan
Sekitar 3,000 pengunjung daripada pelbagai kaum dan agama menghadiri rumah terbuka aidilfitri daerah Kinabatangan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Enam inisiatif kekalkan momentum pertumbuhan Labuan IBFC 2024
Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) Nik Mohamed Din Nik Musa berkata inisiatif ini penting dalam merangka hala tuju Labuan IBFC ketika Pelan Hala Tuju Strategik Lima tahunnya (2022-2026) memasuki tahun ketiga.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sindiket ancam bakar stesen minyak harus dilaporkan - Armizan
Pemilik stesen minyak yang diancam sindiket penyeludupan diesel bersubsidi disaran membuat laporan secara rasmi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), kata Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Anak MB Perlis, empat yang lain dilepas dengan jaminan SPRM
Anak lelaki Menteri Besar Perlis yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Rabu, dilepaskan dengan jaminan SPRM, hari ini.
Suami akan tunai hasrat terakhir mendiang Joanna
Suami mendiang Joanna Feliscia Rohna mendedahkan isterinya ada berpesan untuk menjaga dua anak mereka dua minggu sebelum pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi menyifatkan Pakej Pertahanan Sarawak yang ditawarkan oleh Premier Sarawak membantu pihaknya mendapatkan kelengkapan dengan menggunakan teknologi sedia ada.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Hajiji-Cabrera bincang kerjasama strategik Sabah-Uruguay
Kunjungan ini juga merupakan peluang untuk memperkenalkan potensi ekonomi dan peluang pelaburan di Sabah kepada pihak Uruguay, serta menjajaki bidang kerjasama yang saling menguntungkan antara kedua wilayah.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kabinet perinci isu ibu Malaysia yang anak tidak dapat kerakyatan esok - Saifuddin
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata dalam isu ini pokok pangkalnya kerajaan bersedia untuk melihat secara terperinci untuk menyelesaikannya.