GEORGE TOWN: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menjelaskan bahawa kadar air domestik di negeri ini masih rasional dan munasabah meskipun tarif telah dinaikkan bermula tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP K. Pathmanathan berkata kali terakhir tarif air domestik negeri ini disemak pada 2015, justeru kadar baharu yang ditetapkan iaitu 0.86 sen untuk penggunaan domestik sehingga 35 meter padu (m3) sebulan adalah rasional.
Tambahan pula, kos pengeluaran dan pembekalan air terawat kepada pengguna di Pulau Pinang telah meningkat sebanyak 30 peratus dalam tempoh 2015 hingga 2023.
"Kos elektrik PBAPP untuk mengepam air ke seluruh negeri juga telah meningkat dengan ketara sejak pelaksanaan Imbalance Cost Past-Through (ICPT) Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada 2023 di mana bil elektrik PBAPP telah meningkat sebanyak 22.3 peratus.
"Selain itu, dalam tempoh sembilan tahun dari 2015 hingga 2023, jumlah subsidi PBAPP untuk pengguna air domestik di Pulau Pinang adalah berjumlah RM834.74 juta yang mana ia tidak lagi dilihat sebagai mampan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pathmanathan menjelaskan, 77.3 peratus daripada 593,255 pengguna domestik di Pulau Pinang menggunakan 35 m3 air atau kurang dalam sebulan.
"Kos menghasilkan dan membekalkan satu m3 air terawat adalah lebih tinggi daripada kadar purata domestik 0.86 sen setiap m3 untuk penggunaan sehingga 35 m3 sebulan, jadi pada 2024, PBAPP masih memberi subsidi kepada pengguna air domestik untuk manfaat majoriti rakyat pada tahap yang masih rendah dan boleh diterima," katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa salah satu sebab semakan kadar air di Semenanjung Malaysia dilakukan adalah kerana operator bekalan air awam seperti PBAPP terpaksa menanggung kos yang lebih tinggi untuk membekalkan air.
Katanya, sejak 30 Jan lepas, kadar air baharu telah dikawal oleh kerajaan Persekutuan bagi 11 negeri di Semenanjung Malaysia dan tiga wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Bagaimanapun Pathmanathan berkata, purata bil air domestik isi rumah di Pulau Pinang masih lebih rendah daripada bil elektrik, bahan api, penyambungan Internet dan perkhidmatan telefon mudah alih.
Semalam, Pengerusi Parti Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong menggesa supaya wakil rakyat Pakatan Harapan untuk membawa isu berkaitan kadar baharu tarif air kepada Kerajaan Negeri dalam sidang Dewan Undangan Negeri akan datang.
Ini selepas pihaknya mendakwa kadar baharu bukan saja membebankan rakyat tetapi turut memberi kesan kepada pembangunan ekonomi negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 23 2024
![Kadar air domestik Pulau Pinang rasional- PBAPP Kadar air domestik Pulau Pinang rasional- PBAPP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707316878_Pathmanathan.jpg)
Pathmanathan berkata kadar baharu yang ditetapkan iaitu 0.86 sen untuk penggunaan domestik sehingga 35 meter padu (m3) sebulan adalah rasional. - Gambar fail/Bernama
20 perompak pecah masuk kedai emas di California
Dalam insiden berkenaan, suspek dilihat memecah pintu kedai dan cermin meja pameran menggunakan tukul sebelum bertindak melarikan barang kemas.
KDN utamakan selesai permohonan kewarganegaraan anak tidak sah taraf, anak angkat
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan beri keutamaan dalam penyelesaian permohonan kewarganegaraan bagi kategori anak tidak sah taraf dan anak angkat.
10 mangsa, termasuk kanak-kanak cedera di taman tema AS
Suspek difahamkan masih bebas, dan polis sedang giat memburu individu berkenaan.
Puluhan berpindah, tunggu masa ‘telan’ bangunan 13 tingkat
87 penduduk kompleks kediaman Euromarina II di Vina del Mar dipindahkan selepas lubang benam berukuran 15 meter lebar dan dalam 30 meter mula dikesan pada 8 Jun.
Indonesia tutup operasi X, jika tiada sekatan bahan lucah
Menteri Komunikasi di Indonesia kini memaklumkan yang negara berkenaan bersedia untuk mengharamkan platform media sosial X (dahulunya dikenali sebagai Twitter), sekiranya platform berkenaan tidak menghalang kandungan lucah.
Subsidi diesel: KPDN keluar 22 notis termasuk perkhidmatan trak tunda naik harga
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengeluarkan 22 notis melibatkan syarikat termasuk perkhidmatan trak tunda kenderaan dan perkhidmatan pengangkutan di Johor kerana menaikkan harga perkhidmatan susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel di Johor.
![Israel sekat kemasukan haiwan korban bagi sambutan Aidiladha di Gaza Israel sekat kemasukan haiwan korban bagi sambutan Aidiladha di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697875114_lintasanrafah.jpg)
Israel sekat kemasukan haiwan korban bagi sambutan Aidiladha di Gaza
Larangan ini merupakan satu pelanggaran hak asasi manusia yang jelas dan mengabaikan nilai-nilai kemanusiaan dan Islam.
![Ibu Fadhlina Sidek selamat dikebumi Ibu Fadhlina Sidek selamat dikebumi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718523229_tbFadhlinaSidekpe.jpg)
Ibu Fadhlina Sidek selamat dikebumi
Allahyarham Siti Zalikhah meninggal dunia di Hospital Serdang pada 9.30 pagi tadi.
![Menteri Kabinet zahir ucapan takziah kepada keluarga Fadhlina Menteri Kabinet zahir ucapan takziah kepada keluarga Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718505076_makmenteripendidik.jpg)
Menteri Kabinet zahir ucapan takziah kepada keluarga Fadhlina
Pemergian Siti Zalikhah yang merupakan balu Allahyarham Datuk Dr Siddiq Fadzil adalah kehilangan besar kepada negara.
![74 jemaah haji Malaysia sedang terima rawatan dibawa ikuti Safari Wukuf 74 jemaah haji Malaysia sedang terima rawatan dibawa ikuti Safari Wukuf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718520577_tbSafariWukuf.jpg)
74 jemaah haji Malaysia sedang terima rawatan dibawa ikuti Safari Wukuf
Kesemua pesakit dibawa dengan menggunakan bas khas yang telah diubah suai tempat duduknya menjadi seperti katil, untuk membawa pesakit kritikal ke Padang Arafah.
![Kadar air domestik Pulau Pinang rasional- PBAPP Kadar air domestik Pulau Pinang rasional- PBAPP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707316878_Pathmanathan.jpg)
Kadar air domestik Pulau Pinang rasional- PBAPP
PBAPP menjelaskan bahawa kadar air domestik di negeri ini masih rasional dan munasabah meskipun tarif telah dinaikkan bermula tahun ini.
![AIDAP 2024 bantu kekal kapasiti efektif Empangan Air Itam AIDAP 2024 bantu kekal kapasiti efektif Empangan Air Itam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707316878_Pathmanathan.jpg)
AIDAP 2024 bantu kekal kapasiti efektif Empangan Air Itam
PBAPP melaksanakan empat langkah kontingensi kejuruteraan bekalan air di bawah Pelan Tindakan Empangan Air Itam 2024 bagi mengekalkan kapasiti efektif di Empangan Air Itam.
![Fasa dua MDEP bernilai RM72.5 juta diserahkan kepada Pulau Pinang Fasa dua MDEP bernilai RM72.5 juta diserahkan kepada Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707316878_Pathmanathan.jpg)
Fasa dua MDEP bernilai RM72.5 juta diserahkan kepada Pulau Pinang
Kerajaan Persekutuan secara rasmi menyerahkan Fasa 2B Projek Pembesaran Empangan Mengkuang (MDEP) kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
![Gangguan bekalan air berjadual di Barat Daya bermula Isnin malam - PBAPP Gangguan bekalan air berjadual di Barat Daya bermula Isnin malam - PBAPP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61651364477_paipair.jpg)
Gangguan bekalan air berjadual di Barat Daya bermula Isnin malam - PBAPP
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang memaklumkan bahawa gangguan bekalan air berjadual dijangka berlaku bermula Isnin malam (29 Jan).
![PBAPP akan pasang dua paip baharu untuk selesai isu di Sungai Perai PBAPP akan pasang dua paip baharu untuk selesai isu di Sungai Perai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705137383_ChowKonYeow.jpg)
PBAPP akan pasang dua paip baharu untuk selesai isu di Sungai Perai
PBAPP akan memasang dua batang paip baharu di Sungai Perai sebagai penyelesaian sementara selepas saluran paip di dasar sungai itu dikesan mengalami kebocoran baharu.
![Pemulihan bekalan air tahap kedua bermula 6 pagi - PBAPP Pemulihan bekalan air tahap kedua bermula 6 pagi - PBAPP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700105488_GANGGUANBEKALANAIR.jpg)
Pemulihan bekalan air tahap kedua bermula 6 pagi - PBAPP
PBAPP memaklumkan pengguna di kawasan di bawah tahap kedua pemulihan bekalan air telah selesai mendapat bekalan air sepenuhnya pada pukul 6 pagi ini.
![PBAPP kesan kebocoran paip baharu, pengguna diminta simpan air PBAPP kesan kebocoran paip baharu, pengguna diminta simpan air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704511893_gangguanbekalanair.jpg)
PBAPP kesan kebocoran paip baharu, pengguna diminta simpan air
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang mengesan satu lagi kebocoran di saluran paip bawah air Sungai Perai, pada Jumaat.
![PBAPP sedang berusaha pastikan pengguna dapat semula bekalan air PBAPP sedang berusaha pastikan pengguna dapat semula bekalan air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704971286_TBAKMALNASRULLAH.jpg)
PBAPP sedang berusaha pastikan pengguna dapat semula bekalan air
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang sedang berusaha memulihkan kebocoran pada saluran paip di dasar Sungai Perai.
![Pemulihan air peringkat 1 bermula, namun ada cabaran teknikal - PBAPP Pemulihan air peringkat 1 bermula, namun ada cabaran teknikal - PBAPP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41704858703_tbKerjaAir.jpg)
Pemulihan air peringkat 1 bermula, namun ada cabaran teknikal - PBAPP
Bekalan air dinormalisasi secara berperingkat untuk 197,025 pengguna meliputi 33 peratus daripada 590,000 pengguna yang terjejas.
![Kerja ganti injap LRA Sungai Dua bermula mengikut jadual - PBAPP Kerja ganti injap LRA Sungai Dua bermula mengikut jadual - PBAPP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41704858703_tbKerjaAir.jpg)
Kerja ganti injap LRA Sungai Dua bermula mengikut jadual - PBAPP
Kerja-kerja ganti dua injap kawalan di LRA Sungai Dua telah bermula mengikut jadual, iaitu jam 6 pagi ini.