awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar baharu tempat letak kenderaan di KL mahal?

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
30/07/2016
23:22 MYT
Kadar baharu tempat letak kenderaan di KL mahal?
Dengan pelararasan ini, kadar parkir di pusat bandar adalah RM1.50 bagi jam pertama dan RM2.50 jam kedua dengan tempoh maksimum dua jam. - Gambar fail
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengambil keputusan untuk menyelaraskan semula kadar baharu tempat letak kenderaan.
Pada semalam, Astro AWANI melakukan satu tinjauan di sekitar Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Bangsar, dan Jalan Tunku Abdul Rahman, di sini bagi mendapatkan pandangan orang ramai.
Kadar bagi kawasan luar pusat bandar seperti Danau Kota, Sungai Besi, Taman Tun Dr Ismail dan Segambut, ditetapkan pada 80 sen bagi jam pertama dan berikutnya tanpa sebarang tempoh maksimum.
Bagi guru muzik, Ahmad Nizam yang sudah menetap di Sungai Penchala selama 20 tahun berkata kadar baharu tersebut mahal.
"Agak mahal jugalah. Kalau dahulu 50 sen. Jika mahu dinaikkan kadar tersebut, mungkin perlu dinaikkan sedikit demi sedikit.
Sementara itu bagi Eugene Kenny yang bekerja sendiri di sebuah syarikat konsultasi berkata, kenaikan harga itu mungkin menjadi beban kepada golongan yang berpendapatan rendah.
Kadar baharu tempat letak kenderaan di KL mahal?
"Kenaikan sebanyak 30 sen mungkin nampak macam sedikit namun ia akan membebankan golongan berpendapatan rendah.
“Tapi bagi golongan berpendapatan sederhana, saya rasa okay," ujarnya.
Bagi mereka yang selalu mengunjungi kawasan luar pusat bandar beraktiviti tinggi seperti Bangsar juga berasakan kadar baharu itu juga mahal.
“Harganya terlalu tinggi bukan? Saya berpendapat DBKL perlu melihat semula dan menimbang semula kadar ini,”kata Jeneeta Basram yang bekerja sendiri.
Namun, bagi usahawan Amir Othman mempunyai pendapat yang berbeza. Katanya :”Saya rasa kadar tempat letak kereta di Bangsar okay sahaja. Kalau dahulu hanya 80 sen dan saya rasa penduduk di Bangsar mempunyai kemampuan.
Kadar parkir DBKL diselaraskan ikut zon
Kadar parkir DBKL diselaraskan ikut zon
Selain Bangsar, kawasan luar pusat bandar beraktiviti tinggi seperti Bukit Damansara, Jalan Ipoh, Taman Maluri dan Sentul, kadar bayaran ditetapkan pada RM1 bagi jam pertama dan seterusnya.
Di pusat bandar, ada yang menyifatkan kadar tersebut mahal, terutama mereka yang banyak menggunakan kereta untuk ke tempat kerja dan pelbagai urusan lain.
"Mahallah.. sebab kalau letak kereta di Kuala Lumpur, kita bukan letak sekejap.
“Katakan kalau orang yang bekerja selama lapan jam. Kemudian lapan jam darab dengan RM1.50 sudah berapa? Bagaimana pula dengan sebulan darab RM1.50?" keluhnya.
Topic Berkaitan
#DBKL
#Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
#kadar harga parkir
#parkir kereta
#parkir kuala lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan