awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara didakwa terima suapan kereta mewah
DUNIA
AMNC25: Graham Allison beri amaran mengenai hakisan kawalan senjata nuklear
MALAYSIA
Pengerusi IKIM Dr Muhammad Nur Manuty meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Kadar cukai tanah baharu di Labuan bermula 1 Jan 2022

Bernama
Bernama
23/12/2021
22:30 MYT
Sponsor Banner
Kadar cukai tanah baharu di Labuan bermula 1 Jan 2022
Pelaksanaan kadar cukai tanah baharu di Labuan sepatutnya dibuat pada 2010 namun kerajaan memutuskan untuk ditangguhkan, sehingga mesyuarat jawatankuasa memutuskan untuk dilaksanakan tahun depan. - Foto fail/BERNAMA
LABUAN: Pemilik-pemilik tanah di pulau bebas cukai di sini akan mula membayar cukai tanah pada kadar yang baharu bermula 1 Januari tahun depan susulan penyelarasan kadar cukai tanah dan sewa tanah.
Penyelarasan oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PPTG) Wilayah Persekutuan Labuan itu adalah selaras dengan usaha agensi itu mengkaji semula kadar cukai tanah di Labuan yang tidak pernah dilakukan sejak berpuluh tahun lamanya.
Timbalan Pengarah PPTG Labuan Abdul Basit Abdul Latif berkata penyelarasan kadar cukai tanah ini diluluskan oleh kerajaan Persekutuan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Labuan baru-baru ini.
"Ia dilaksanakan selepas pemerluasan Kanun Tanah Negara ke Labuan dan pemakaian Kaedah-Kaedah Tanah Wilayah Persekutuan Labuan (KKTWPL) pada 2010.
"Pelaksanaan kadar cukai tanah baharu di Labuan sepatutnya dibuat pada 2010 namun kerajaan memutuskan untuk ditangguhkan, sehinggalah dalam mesyuarat jawatankuasa memutuskan untuk dilaksanakan tahun depan," katanya kepada Bernama pada Khamis.
Program libat urus melibatkan 27 ketua kampung dan wakil-wakil Majlis Perwakilan Penduduk telah diadakan pada 17 Dis lepas, dan rata-rata mereka mahukan lebih penjelasan mengenai penyelarasan kadar cukai tanah ini.
Abdul Basit berkata masih terdapat 7,610 hak milik daripada 12,618 hak milik keseluruhan yang masih membayar sewa dan cukai tanah pada kadar lama, manakala 736 hak milik langsung tidak dikenakan sewa dan cukai tanah sejak berpuluh tahun.
Beliau berkata penyelarasan kadar cukai tanah adalah mengikut kategori iaitu pertanian, kediaman, perdagangan dan perusahaan dan juga sama ada tanah berada di kawasan desa atau bandar dan tanah pegangan anak negeri (natif [NT]).
"Penyelarasan kadar cukai tanah di Labuan adalah berpandukan kajian dan perbandingan kadar cukai di negeri-negeri lain yang setara dengan Labuan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Labuan
#pulau bebas cukai
#cukai tanah
#kadar baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami