awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPT, MQA adakan perbincangan teliti aspek teknikal pengiktirafan kelulusan pendidikan
The Voice of Hind Rajab: Penonton Malaysia tiga tertinggi di dunia - Teo
MCMC tumpaskan kegiatan pemancar Stesen Pangkalan Palsu hantar SMS scam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar faedah AS tidak pengaruhi ringgit - Kajian

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
01/03/2024
09:31 MYT
Kadar faedah AS tidak pengaruhi ringgit - Kajian
EU-ERA, THE FUTURE menekankan keperluan pihak kerajaan melaksanakan Model Pembetulan Ekonomi menumpukan kepada penambahbaikan struktur dan daya tahan ekonomi secara keseluruhannya terhadap kejutan luaran. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan (EU-ERA), THE FUTURE mendedahkan bahawa kadar faedah Amerika Syarikat (AS) secara empirikal tidak mempengaruhi pergerakan ringgit di pasaran antarabangsa.
Menerusi satu kenyataan, kajian analisis selanjutnya menunjukkan bahawa tahap daya saing ekonomi keseluruhan serta kepelbagaian ekonomi mempengaruhi kedudukan ringgit.
Kenyataan sama berkata, kadar inflasi, pelaburan, harga minyak, pembangunan kewangan, produktiviti (termasuk teknologi), percukaian, dan eksport mempengaruhi pergerakan ringgit.
‘’Penyusutan nilai ringgit sekian lama sejak 2015 telah menjadi isu struktural kepada ekonomi Malaysia dan ini memerlukan intervensi jangka pendek dan jangka panjang bagi memastikan kestabilan dan ketahanan daya saing ekonomi Malaysia.
‘’Penyusutan nilai ringgit memberi kesan kepada kos sara hidup isi rumah terutamanya kuasa beli makanan dan keperluan apabila negara bergantung tinggi kepada import makanan dan bahan memproses makanan,’’ katanya.
Demikian antara hasil analisis “Restoring the Ringgit: Calling for an Economic Correction Model” yang dilaporkan oleh EU-ERA dalam siri penerbitan EU-ERA Policy Brief.
Pada masa sama, EU-ERA, THE FUTURE juga menekankan keperluan pihak kerajaan melaksanakan Model Pembetulan Ekonomi menumpukan kepada penambahbaikan struktur dan daya tahan ekonomi secara keseluruhannya terhadap kejutan luaran.
Ini memandangkan kestabilan ringgit dijangka mengambil masa yang lebih lama, pelaksanaan strategi jangka pendek menjadi penting untuk mengurangkan kesan kos import ke atas kos sara hidup isi rumah.
Topic Berkaitan
#ringgit
#ekonomi
#Kadar Faedah AS
#Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan
#EU-Era
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan