The Voice of Hind Rajab: Penonton Malaysia tiga tertinggi di dunia - Teo

Teo berkata filem itu memberi gambaran di sebalik angka serta laporan berita, terdapat nyawa keluarga dan masa depan kanak-kanak yang perlu dipertahankan. - Gambar Facebook Teo Nie Ching
JOHOR BAHRU: Filem The Voice of Hind Rajab mencatatkan lebih 60,000 tontonan di Malaysia, iaitu ketiga tertinggi di dunia, mencerminkan keprihatinan rakyat negara ini terhadap isu kemanusiaan di Palestin.
Ringkasan AI
- Filem "The Voice of Hind Rajab" mencatatkan lebih 60,000 tontonan di Malaysia, menjadi ketiga tertinggi di dunia, menunjukkan keprihatinan rakyat terhadap isu kemanusiaan di Palestin.
- Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching menyatakan sokongan padu terhadap filem tersebut yang memperjuangkan golongan terpinggir, terutamanya kanak-kanak yang terkesan akibat konflik di Palestin.
- Teo menekankan solidariti kemanusiaan melintasi sempadan bangsa dan agama, dengan program tayangan khas filem sebagai platform pendidikan dan kesedaran awam dalam menyemai empati dan nilai kemanusiaan.
"Solidariti kemanusiaan tidak mengenal sempadan bangsa dan agama," katanya dalam kenyataan hari ini.
Teo yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata filem itu memberi gambaran di sebalik angka serta laporan berita, terdapat nyawa keluarga dan masa depan kanak-kanak yang perlu dipertahankan.
Beliau turut menganjurkan tayangan khas filem itu yang disertai 120 penduduk Kulai di GSC Cinema, IOI Mall Kulai hari ini.
Penganjuran program seperti itu, menurut beliau bukan sekadar program tontonan, malah menjadi platform pendidikan dan kesedaran awam dalam menyemai empati, kesedaran sejagat serta nilai kemanusiaan merentas latar belakang masyarakat.
Sehubungan itu, Teo berkata inisiatif seumpama itu akan terus dilaksanakan bagi memperkukuh nilai empati, kemanusiaan dan tanggungjawab dalam kalangan masyarakat.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


