awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar jenayah pecah rumah, samun di Kota Kinabalu turun 97 peratus

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
20/12/2017
05:34 MYT
Kadar jenayah pecah rumah, samun di Kota Kinabalu turun 97 peratus
Latihan demostrasi yang dijalankan menangani elemen keganasan merusuh di IPD Kota Kinabalu, hari ini. - Astro AWANI
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu kini berada dalam landasan tepat dalam membendung kadar jenayah di bandar raya ini dengan kejayaan penyelesaian 97 peratus kes jenayah pecah rumah dan samun sepanjang tempoh awal Januari tahun ini hingga 19 Dis.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP M. Chandra berkata, kejayaan itu adalah hasil daripada tindakan proaktif dan agresif pihaknya menerusi bertindak daripada laporan, siasatan serta tuduhan ke mahkamah.
"Pada tahun ini kita telah berjaya menyelesaikan sebanyak 97 peratus kes jenayah bersamaan 1,445 kes, berbanding dengan tahun lepas kita menyelesaikan 61 peratus ataupun 818 kes," katanya dalam sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan IPD Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, hari ini.
Latihan demostrasi yang dijalankan menangani elemen keganasan merusuh di IPD Kota Kinabalu. - Astro AWANI
Latihan demostrasi yang dijalankan menangani elemen keganasan merusuh di IPD Kota Kinabalu. - Astro AWANI
Mengulas mengenai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Chandra berkata pihaknya kini sedang bersiap sedia dalam setiap aspek merangkumi kesiapsiagaan, keanggotaan dan latihan itensif bagi menangani sebarang kemungkinan atau ancaman sepanjang musim mengundi.
Tambahnya, menangani elemen keganasan seperti merusuh adalah antara intipati latihan itensif yang dilakukan oleh IPD Kota Kinabalu.
"IPD Kota Kinabalu kini bersiap sedia dan banyak mengadakan latihan selain terlibat dalam penugasan bersempena PRU nanti," katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, pihaknya berjaya memberkas lapan suspek lelaki berusia 20 hingga 31 tahun kerana disyaki terbabit secara langsung dengan aktiviti menyamun dan mencederakan seorang pekerja buruh lelaki dalam kejadian di Jalan Bandaran, Kota Kinabalu pada 18 Nov lalu.
Menurut Chandra, kesemua suspek berjaya ditahan pada 25 Nov lalu dan hasil daripada penangkapan tersebut, polis turut berjaya menemukan beberapa barangan seperti besi sepanjang 78cm yang digunakan suspek dalam kejadian itu.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyamun dan menyebabkan kecederaan.
Topic Berkaitan
#jenayah
#Kota Kinabalu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan