awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar kebolehpasaran lulusan TVET KPLB melebihi paras nasional - Mahdzir

Bernama
Bernama
15/08/2022
04:33 MYT
Kadar kebolehpasaran lulusan TVET KPLB melebihi paras nasional - Mahdzir
Menurut Mahdzir, purata kadar kebolehpasaran siswazah bagi seluruh institusi pendidikan TVET@KPLB kini mencapai 87.67 peratus. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kadar kebolehpasaran siswazah lulusan Insitusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) (TVET@KPLB) telah melebihi paras standard nasional yang ditetapkan.
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata purata kadar kebolehpasaran siswazah bagi seluruh institusi pendidikan TVET@KPLB kini mencapai 87.67 peratus, manakala kadar kebolehpasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) nasional yang ditetapkan adalah 86.7 peratus yang perlu dicapai pada 2025.
"Kadar kebolehpasaran yang melebihi paras standard nasional ini secara tidak langsung mencerminkan bahawa pendidikan TVET yang dibekalkan oleh institusi TVET di KPLB berupaya menyediakan kebolehkerjaan dan laluan kerjaya yang cerah kepada para siswazah," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini bagi menjawab soalan Senator Datuk Dr Azhar Ahmad yang ingin tahu keberkesanan pendidikan TVET di KPLB dari aspek kebolehpasaran siswazah serta sumbangan kepada pembangunan negara dan melahirkan masyarakat berpendapatan tinggi.
Mahdzir memberitahu bahawa pelajar TVET aras tinggi dilengkapkan dengan lesen profesional yang diiktiraf antarabangsa dan membolehkan mereka mendapat pekerjaan di peringkat global.
Di samping itu, katanya institusi TVET juga giat menerapkan aplikasi Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) seperti internet pelbagai benda (IoT), kecerdasan buatan dan sekuriti siber dalam program-program yang ditawarkan.
Beliau memaklumkan 280 institusi pendidikan TVET@KPLB menawarkan 515 program atau kursus TVET dalam 15 kluster kemahiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TVET
#Kementerian Pembangunan Luar Bandar
#Mahdzir Khalid
#Dewan Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan