awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar keciciran murid catat trend penurunan - KPM

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
27/03/2024
04:21 MYT
Kadar keciciran murid catat trend penurunan - KPM
Bagi peringkat rendah, kadar keciciran murid menurun daripada 0.29 peratus pada tahun 2017 kepada 0.06 peratus pada tahun 2023. -Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan kadar keciciran murid menunjukkan trend penurunan dari tahun 2017 hingga 2023.
Timbalan Menterinya, Wong Kah Woh berkata, bagi peringkat rendah, kadar keciciran murid menurun daripada 0.29 peratus pada tahun 2017 kepada 0.06 peratus pada tahun 2023.
Sementara bagi peringkat menengah, beliau berkata kadar keciciran menurun daripada 1.36 peratus kepada 0.83 peratus dalam tempoh sama.
"Bagi sekolah rendah di bandar, kadar murid yang keluar daripada sekolah KPM adalah 0.37 peratus, manakala sekolah rendah di luar bandar adalah 0.10 peratus.
"Untuk peringkat menengah pula, kadar murid yang keluar daripada sekolah KPM adalah 3.13 peratus di bandar dan 4.67 peratus di luar bandar.
"Kadar ini mengambil kira keseluruhan murid yang bersekolah di Malaysia," katanya pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) berhubung kadar keciciran murid terutama dalam kalangan pelajar miskin bandar, luar bandar dan pinggir bandar, kanak-kanak orang asli dan tidak berdokumen.
Roslan turut bertanyakan mengenai strategi dan usaha pembaharuan kementerian untuk mengurangkan jurang pendidikan termasuk dari segi kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Mengulas mengenai strategi dan usaha pembaharuan itu, Kah Woh berkata, antara yang dilakukan KPM termasuk menyediakan 18 jenis bantuan persekolahan bagi tahun 2023.
Ia terdiri daripada 13 jenis bantuan khusus dan lima jenis bantuan umum, ujarnya.
"Bantuan ini turut diagihkan untuk murid yang tercicir akibat kemiskinan.
"KPM juga melaksanakan Sekolah Model Khas Komprehensif 9 (K9) supaya semua murid dapat kekal bersekolah terutamanya murid di kawasan luar bandar dan pedalaman.
"Selain itu, KPM juga memperluaskan konsep K9 kepada sekolah komprehensif 11 (K11) yang dijangka mampu mengurangkan kadar keciciran transisi murid dari Tingkatan 3 ke Tingkatan 4," katanya.
Dalam masa sama, Kah Woh (PH-Taiping) memaklumkan KPM turut menjalankan program 'outreach' murid cicir di semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dengan kerjasama komuniti setempat.
Ujar beliau, pada tahun 2023, program berkenaan berjaya mengembalikan seramai 1,269 orang murid sekolah rendah dan 2,006 orang murid sekolah menengah ke sekolah.
Topic Berkaitan
#Keciciran murid sekolah
#Kementerian Pendidikan
#Kadar keciciran pelajar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan