Kadar ketakutan terhadap jenayah dalam kalangan rakyat di Selangor berada pada tahap 37 peratus tahun lepas, jauh melebihi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) 54.9 peratus yang ditetapkan kerajaan, demikian menurut hasil kaji selidik Petunjuk Persepsi Jenayah (PCI) PEMANDU Associates.
Naib presiden kanan PEMANDU Associates, Abdul Mutalib Ishak berkata peratusan itu diperolehi daripada hampir 100,000 responden terdiri daripada kumpulan masyarakat dari persatuan penduduk, perniagaan, rukun tetangga dan sekolah yang menjawab kajian secara dalam talian mengenai tahap kepuasan mereka terhadap usaha pihak polis menangani jenayah.
"Seramai 79 ketua balai polis di Selangor telah menemui responden di kawasan jagaan masing-masing dan memujuk mereka menjawab kajian ini. Hasil keputusan mendapati kadar ketakutan terhadap jenayah dalam kalangan rakyat di Selangor berada pada tahap 37 peratus secara keseluruhan pada tahun lepas.
"Ini satu pencapaian memberangsangkan bagi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sebab melebihi sasaran KPI 54.9 peratus yang ditetapkan oleh kerajaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pembentangan Hasil Kaji Selidik PCI IPK Selangor di sini pasa Selasa.
Turut hadir Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor.
Mengulas lanjut, Abdul Mutalib berkata kajian kali pertama yang dijalankan pihaknya bagi tempoh September hingga November tahun lepas itu juga mendapati PCI yang dicatatkan oleh IPK Selangor adalah kedua terbaik di negara ini selepas Pulau Pinang (33 peratus).
"PCI yang rendah mencerminkan prestasi yang lebih bagus, manakala PCI yang tinggi menunjukkan rakyat lebih takut dengan kadar jenayah," katanya.
Menurut beliau lagi, penyebaran berita di laman sosial yang kadang-kala diragui kesahihannya merupakan faktor penyumbang kepada ketakutan masyarakat.
Abdul Mutalib dalam pada itu berkata pihaknya akan mencadangkan kepada pihak polis supaya melaksanakan kajian PCI di tujuh negeri lain pada tahun ini, dalam satu mesyuarat yang akan diadakan pada 27 Feb ini.
PEMANDU Associates adalah firma perunding swasta sepenuhnya yang ditubuhkan oleh pengurusan dan kakitangan PEMANDU, iaitu Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 13 2018
Hasil keputusan mendapati kadar ketakutan terhadap jenayah dalam kalangan rakyat di Selangor berada pada tahap 37 peratus secara keseluruhan pada tahun lepas. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Anak MB Perlis, empat lain dilepas dengan jaminan SPRM
Anak lelaki Menteri Besar Perlis yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sejak Rabu, dilepaskan dengan jaminan SPRM, hari ini bersama empat individu lain.
Rasuah jenayah bersifat unik - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media.
Media arus perdana masih sumber paling dipercayai - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menasihatkan masyarakat tidak menjadikan berita di media sosial khususnya berkaitan siasatan dijalankan agensi penguatkuasaan sebagai sumber utama yang boleh dipercayai.
Mirzan, Mokhzani diberi lanjutan 30 hari oleh SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh lanjutan 30 hari bagi kedua-dua anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan aset masing-masing kepada pihaknya. Ini bermakna kedua-dua Tan Sri Mokhzani dan Mirzan perlu mengemukakan maklumat berkenaan aset yang dikumpul selama 43 tahun sejak tahun bapa mereka menjawat jawatan Perdana Menteri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Kadar ketakutan rakyat Selangor terhadap jenayah catat 37 peratus
Peratusan itu diperolehi daripada hampir 100,000 responden terdiri daripada kumpulan masyarakat dari persatuan penduduk, perniagaan, rukun tetangga dan sekolah.