MALAYSIA
Kadar keuntungan TNB di bawah kawal selia kerajaan, kekal 7.3 peratus dalam tempoh RP4 - Timbalan Menteri

Akmal berkata kadar keuntungan TNB kekal pada 7.3 peratus dalam RP4 sama seperti kadar ditetapkan dalam Tempoh Regulatori Kedua (RP2) pada 2018. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kadar keuntungan Tenaga Nasional Bhd (TNB) di bawah kawal selia kerajaan, harga keuntungan boleh diperoleh oleh TNB kekal sebanyak 7.3 peratus dalam Tempoh Kawal Selia Ke-4 (RP4) dari 2025 hingga 2027.
Ringkasan AI
- Kadar keuntungan TNB kekal 7.3% dalam Tempoh Kawal Selia Ke-4 (RP4) dari 2025 hingga 2027, sama seperti RP2 pada 2018.
- Kadar ini dianggap berpatutan bagi menyokong pelaburan TNB dalam menaik taraf grid nasional, pembinaan loji janakuasa, pemasangan meter pintar dan digitalisasi sistem tenaga, serta aspirasi Grid Tenaga ASEAN.
- TNB kekal stabil dan beri pulangan munasabah kepada pemegang saham utama seperti Khazanah, KWAP dan KWSP.
Beliau menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) mengenai jumlah keuntungan tahunan dan tambahan keuntungan boleh diperoleh oleh TNB selepas kenaikan tarif elektrik sebanyak 14.2 peratus ke atas sektor komersial pada 1 Julai.
Selain itu, Lim turut ingin tahu jika kenaikan tersebut boleh ditangguhkan atau dipecahkecilkan memandang keuntungan TNB naik lebih 70 peratus pada 2024.
Akmal Nasrullah berkata jumlah keuntungan ditetapkan pada 7.3 peratus adalah berpatutan dengan jumlah pelaburan yang perlu dibuat oleh TNB untuk menaik taraf dan mengukuhkan grid nasional khususnya bagi menyokong aspirasi Grid Tenaga ASEAN (APG) serta pembinaan dan penyelenggaraan loji janakuasa, pemasangan meter pintar dan digitalisasi sistem tenaga.
Menurutnya, penetapan kadar keuntungan tersebut adalah berpatutan supaya TNB akan kekal stabil sebagai syarikat utiliti berupaya memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna.
"Pada masa sama dapat memberikan pulangan munasabah kepada pemegang-pemegang saham utama TNB terdiri daripada syarikat-syarikat pelaburan kerajaan, antaranya Khazanah Nasional Bhd, Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP), TNB telah memberikan dividen sebanyak RM15.75 bilion sejak 2018 hingga 2023," kata Akmal Nasrullah.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami