awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang dipilih destinasi utama pelancongan alam semula jadi - Tinjauan
Pertumbuhan KDNK Malaysia 2025 sebanyak 4.9 peratus seiring dengan unjuran - MBSB IB
AI diguna hasilkan ribuan video penderaan seksual kanak-kanak pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta hanyut dibawa banjir, seorang hilang, tiga berjaya selamatkan diri

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
28/11/2025
23:10 MYT
Kereta hanyut dibawa banjir, seorang hilang, tiga berjaya selamatkan diri
Anggota polis dan bomba menggiatkan kerja-kerja mencari dan menyelamatkan mangsa banjir yang hilang di Sepang. - Gambar ihsan JBPM Selangor
SEPANG: Seorang mangsa dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas selepas kereta Perodua Bezza yang dinaikinya terperangkap dalam banjir berhampiran Klinik Desa Giching, sebuah kawasan dalam daerah Sepang, lewat malam Jumaat.
Menurut Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, panggilan kecemasan diterima pada 11.30 malam, sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA tiba di lokasi pada 12.02 tengah malam, dibantu BBP Sepang.
Komander Operasi, PBK I Muhammad Abdullah berkata, terdapat empat mangsa dalam kereta berkenaan dengan tiga daripada mereka berjaya menyelamatkan diri.
Sementara, seorang lagi mangsa, kata Muhammad, hilang selepas dipercayai cuba berenang menyeberangi arus banjir.
“Kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang digerakkan oleh pasukan kami,” katanya.
Operasi disertai 10 anggota menggunakan jentera FRT dan sebuah Hilux.
Setakat ini, mangsa masih belum ditemukan, dan usaha mencari terus dijalankan.
Topic Berkaitan
#banjir sepang
#kereta hanyut
#perodua bezza
#Klinik Desa Giching
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan