KUALA LUMPUR: Kadar penembusan industri takaful Malaysia meningkat kepada 18.6 peratus tahun lepas berbanding 16.9 peratus pada 2020, menurut Persatuan Takaful Malaysia (MTA).
Pengerusinya Elmie Aman Najas berkata kenaikan itu merupakan pertumbuhan tertinggi dalam tempoh lima tahun, dengan nisbah jumlah sijil takaful keluarga berkuat kuasa kepada jumlah penduduk Malaysia meningkat kepada 6.07 juta sijil pada 2021 berbanding 5.51 juta pada 2020.
"Pasaran takaful keluarga telah mempamerkan daya tahan yang luar biasa meskipun pandemik dengan caruman takaful tahunan daripada perniagaan baharu mencapai paras dua bilion untuk kali pertama, merekodkan RM2.23 bilion, kenaikan 48.8 peratus berbanding RM1.5 bilion pada 2020.
"Secara keseluruhan, industri perniagaan baharu takaful keluarga mencatatkan caruman kasar RM8.5 bilion, kenaikan 29.7 peratus daripada RM6.59 bilion pada 2020," katanya semasa pembentangan mengenai prestasi industri pada 2021 sebelum majlis berbuka puasa bersama media, di sini malam tadi.
Sebanyak 1,135,189 sijil perniagaan baharu telah dikeluarkan pada 2021, peningkatan 35.2 peratus daripada 839,355 sijil pada 2020 dan jumlah caruman kasar perniagaan berkuat kuasa sebanyak RM7.42 bilion pada 2021 berbanding RM6.12 bilion pada 2020, katanya.
Elmie yang juga Ketua Pegawai Eksekutif AIA Public Takaful Bhd berkata, perniagaan takaful am mencatatkan caruman bertulis kasar sebanyak RM3.83 bilion, perniagaan takaful motor berjumlah RM2.54 bilion, manakala perniagaan takaful kebakaran meraih RM0.69 bilion pada 2021.
"Ini merupakan peningkatan masing-masing sebanyak 10.6 peratus, 11.2 peratus dan 10.3 peratus berbanding prestasi mereka pada 2020," katanya.
Agensi dan bancatakaful adalah saluran pengedaran utama, masing-masing menyumbang 60.6 peratus dan 14.2 peratus perniagaan.
Bagi perniagaan baharu, agensi merekodkan 85.7 peratus sebagai saluran pengedaran utama bagi pelan takaful "caruman tahunan," manakala bancatakaful merupakan penyumbang utama bagi pelan "caruman tunggal" sebanyak 52.4 peratus.
Sementara itu, MTA melancarkan program Fund4Cause yang baru ditubuhkan untuk berperanan sebagai pemboleh utama dalam industri takaful bagi mencapai inisiatif terancang di bawah Pelan Strategik 2022-2023 (ISLAH23).
Program itu merupakan Hala Tuju Pengantaraan Berasaskan Nilai untuk Takaful (VBIT) dan Rangka Tindakan Sektor Kewangan 2026 (FSB 2026) yang menyediakan sumber kewangan kritikal kepada empat dana pembangunan industri -- Dana Pembangunan VBIT, Dana Takaful Sosial, Dana Pembinaan Kapasiti Industri dan Dana Penjenamaan Takaful.
"Sebagai sebuah kumpulan, syarikat ahli MTA telah mengenal pasti dan memanfaatkan bidang yang akan berfungsi mendorong industri menuju tahap prestasi selanjutnya," kata Elmie.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 26 2022
Pasaran takaful keluarga telah mempamerkan daya tahan yang luar biasa meskipun pandemik.
Kerajaan Negeri diharap segera pemakaian Akta Perhutanan Negara
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam berharap semua kerajaan negeri akan menyegerakan pemakaian Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 sebagai Enakmen Perhutanan (Pemakaian) di negeri masing-masing.
Dua ahli politik Melaka antara yang pernah disekat ke luar negara
Dua ahli politik Melaka antara 10 individu yang disekat ke luar negara selepas gagal melunaskan tunggakan cukai melibatkan jumlah mencecah puluhan ribu ringgit.
Bar alamat Google Chrome bakal jadi lebih pintar
Ini bermakna, Chrome turut boleh mencadangkan laman web yang tepat, membetulkan ejaan alamat web yang salah ditaip oleh pengguna dan banyak lagi.
Peniaga didenda RM8,000 sengaja daftar kelahiran anak lebih sekali
Seorang peniaga didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret kerana sengaja mendaftar kelahiran anak sulungnya lebih daripada sekali pada September tahun lepas.
Rizky Febian, Mahalini kahwin 5 Mei ini
Berita majlis perkahwinan anak pelawak Sule itu dengan Mahalini mula menjadi perbualan selepas dia berkongsi animasi latar biru seperti background foto buku nikah.
Siasatan MB Perlis: 'Bersangka baik dengan SPRM' - Zahid
Ahmad Zahid meminta semua pihak bersangka baik dengan SPRM selepas agensi itu merakam percakapan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.
Dua bekas anggota polis terlepas hukuman gantung, diganti dengan penjara
Kedua-dua mereka yang dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan tiga bulan, diperintah menjalani hukuman penjara bermula dari penahanan mereka pada 22 Jan 2006.
Sempadan Malaysia-Thailand dibuka seperti biasa - Polis
Sempadan Malaysia-Thailand khususnya di Rantau Panjang dibuka seperti biasa dan tidak ditutup susulan insiden letupan bom serta berbalas tembakan.
AWANI Ringkas: LHDN giat buru pihak culas bayar cukai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan cukai: Dua ahli politik Melaka antara yang disekat ke luar negara
Dua ahli politik di Melaka antara 10 individu yang pernah disekat ke luar negara kerana gagal melunaskan tunggakan cukai melibatkan jumlah puluhan ribu ringgit.
97 peratus perniagaan di Malaysia ada wanita dalam pasukan pengurusan kanan - Grant Thornton
Sebanyak 97 peratus perniagaan di Malaysia mempunyai wanita dalam pasukan pengurusan kanannya pada masa ini berbanding 92 peratus pada 2023, sekali gus menunjukkan pertumbuhan yang positif.
Bersedia hadapi pandemik seterusnya - WHO
Persediaan adalah soal bila pandemik akan datang tiba dan bukannya soal jika wujud pandemik seterusnya.
Kejohanan Enrich Sports Game tawar hadiah lumayan RM30,000
Hadiah lumayan hampir RM30,000 bakal menjadi rebutan untuk pemenang Kejohanan Enrich Sports Game yang dijadualkan berlangsung pada 10 Disember ini di Bunga Kemboja Fitness Seri Kembangan, Selangor.
MOSTI perkukuh ekosistem vaksin negara, persediaan hadapi pandemik
Perbincangan diadakan antara lain untuk memastikan latihan berkaitan penghasilan vaksin manusia turut melibatkan pihak berkepentingan lain.
Pertumbuhan APEC 2023 dijangka pada 3.3 peratus, kesan pandemik terus suramkan unjuran
Pertumbuhan ekonomi di rantau APEC menunjukkan tanda-tanda bertambah baik, dengan unjuran pertumbuhan 3.3 peratus pada tahun ini.
Kajian baharu kaitkan trauma kanak-kanak dengan kematian akibat COVID-19
Individu yang hidup susah semasa kanak-kanak, seperti didera atau diabaikan cenderung untuk dimasukkan ke hospital atau meninggal dunia akibat COVID-19 ketika dewasa.
Dunia masih belum bersedia untuk pandemik seterusnya - Badan pemantau
Lembaga Pemantauan Kesiapsiagaan Global (GPMB) memberi amaran keupayaan dunia untuk menangani ancaman pandemik baharu masih tidak mencukupi.
'Ketika itu PKP, ramai orang susah' - Naqiu infaq separuh duit kemenangan juara GV6
Hal itu kerana kata Naqiu selepas kemenangannya, negara berdepan detik pilu akibat pandemik COVID-19.
Pastikan staf kesihatan bersedia, polisi diubah untuk hadapi wabak X - Pakar
Katanya, pandemik COVID-19 memberi pengajaran besar kepada Malaysia dan tidak seharusnya masalah sama berulang.
Stok bekalan beras negara mampu tampung hingga empat, lima bulan - Mohamad Sabu
Stok bekalan beras di Malaysia kini adalah sebanyak 900,000 tan metrik dengan 250,000 tan metrik ialah simpanan stok kerajaan dan 650,000 tan metrik stok dagangan.