KUALA LUMPUR: Kadar pengangguran di Malaysia bagi April 2021 merekodkan penurunan kepada 4.6 peratus atau pengurangan seramai 10,500 orang, iaitu kadar yang terendah sejak Oktober 2020, kata Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin.
Beliau berkata pengurangan 0.1 mata itu menjadikan jumlah penganggur kini seramai 742,700 orang berbanding 753,200 pada Mac tahun ini.
Jelas beliau, penurunan itu berikutan situasi tenaga buruh Malaysia pada April 2021 terus berada di landasan pemulihan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan dan PKP Bersyarat (PKPB) di kebanyakan tempat, membuka lebih banyak peluang kepada perniagaan meneruskan aktiviti dalam kapasiti penuh dengan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
"Prospek perniagaan yang lebih baik turut digambarkan melalui prestasi Indeks Pelopor (IP) bagi Mac 2021 yang mencatatkan peningkatan sebanyak 1.8 peratus bulan ke bulan (Februari 2021: 1.1%).
"Justeru, bilangan tenaga buruh pada April 2021 mencatatkan peningkatan bulan ke bulan sebanyak 0.1 peratus (12,200 orang) merekodkan 16.09 juta orang (Mac 2021: 16.08 juta orang), manakala kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) bagi bulan tersebut kekal pada 68.6 peratus," katanya dalam kenyataan mengenai laporan Statistik Tenaga Buruh Malaysia April 2021 hari ini.
Komposisi penganggur aktif (mereka yang bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan) yang merangkumi lebih 80 peratus daripada jumlah penganggur, telah berkurang sebanyak 8,200 ribu orang (-1.3%) kepada 618,700 orang berbanding Mac (626,900).
"Daripada keseluruhan penganggur yang aktif, sebanyak 52.1 peratus adalah penganggur yang menganggur kurang daripada tiga bulan.
"Kumpulan yang tidak aktif di luar tenaga buruh mencatatkan peningkatan sebanyak 13,100 orang kepada 7.38 juta bagi tempoh sama, yang didominasi kategori bersekolah atau latihan dengan 43.5 peratus (3.21 juta orang) diikuti kategori kerja rumah atau tanggungjawab keluarga dengan 42.1 peratus (3.10 juta orang)," katanya.
Dalam pada itu, bilangan penduduk bekerja kekal dalam trend menaik dengan pertambahan bulan ke bulan sebanyak 22,700 orang kepada 15.35 juta orang, sementara nisbah guna tenaga kepada penduduk pada bulan sama, menunjukkan kemampuan ekonomi untuk mewujudkan guna tenaga kekal pada kadar 65.4 peratus.
Pada April, penduduk bekerja dalam sektor perkhidmatan mencatatkan trend meningkat meliputi aktiviti perdagangan borong & runcit; perkhidmatan makanan dan minuman; pendidikan; serta kesihatan kemanusiaan dan kerja sosial.
"Trend yang sama juga turut dilihat dalam sektor pembuatan dan pembinaan, manakala sektor pertanian serta perlombongan dan pengkuarian terus mencatatkan momentum negatif bulan ke bulan," katanya.
Beliau menjelaskan komposisi penduduk bekerja sendiri merekodkan pertambahan sebanyak 12,300 orang kepada 2.49 juta orang pada April berikutan operasi berterusan perniagaan kecil pada bulan tersebut.
Di samping itu katanya bilangan penduduk bekerja yang tidak bekerja buat sementara waktu kekal dalam trend menurun dengan pengurangan sebanyak 5,000 kepada 116,000 ribu orang.
Bagaimanapun, Ketua Perangkawan itu berkata krisis kesihatan awam di Malaysia pada Mei 2021 semakin mencabar dengan pertambahan mendadak jumlah kes COVID-19 dan pelaksanaan PKP penuh di seluruh negara bermula 1 hingga 14 Jun menyaksikan penutupan penuh semua sektor ekonomi dan sosial kecuali ekonomi dan perkhidmatan perlu.
Berikutan senario itu, kedudukan pasaran buruh dijangka sekali lagi berdepan situasi yang mencabar bagi beberapa bulan ke hadapan namun pelbagai bantuan oleh kerajaan dijangka dapat mengurangkan impak dan seterusnya memulihkan kedudukan pasaran buruh, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 09 2021

Daripada keseluruhan penganggur yang aktif, sebanyak 52.1 peratus adalah penganggur yang menganggur kurang daripada tiga bulan. - Gambar hiasan/ BERNAMA

Pelabur asing kembali jual RM56.9 juta ekuiti minggu lalu
Laporan menunjukkan, pelabur runcit kekal menjadi pembeli bersih bagi minggu kelima berturut-turut sebanyak RM234.8 juta.

Pelancongan | Penerbangan terus ke Sandakan sedang diusahakan
Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah sedang berusaha merealisasikan penerbangan terus masuk ke Sandakan dari beberapa negara luar termasuk Singapura. Menterinya, Datuk Jafry Ariffin berkata, pihaknya mengambil maklum permohonan beberapa pihak mengenai perkara itu.

Kontraktor mengaku tidak bersalah tikam isteri dengan pisau
Tertuduh, Mohd Ghazali Nor Hisham, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Kemalangan maut 5 pelajar USAS: Pemandu treler didakwa hari ini
Lelaki berusia 28 tahun itu akan disabitkan atas lima pertuduhan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Niaga AWANI: Jiwa SME | Guna pengaruh media sosial tingkat jualan cakoi
Biarpun sudah semakin dikenali kebanyakkan warga Johor Bahru....cakoi warna warni, RR Cakoi di gerai sebelah Hospital Sultan Aminah (HSA), masih menggunakan pengaruh media sosial bagi mengetengahkan produk sedia ada. Pemiliknya, Ayza Sarbani berkata selain penggunaan Facebook, Instagram dan aplikasi Whatapss, dia juga menggunakan khidmat influancer untuk menggingatkan kembali kewujudan cakoi 20 perisa itu.

Niaga AWANI: Perdagangan | FDI suku pertama 2022 kekal tinggi
Untuk mengulas lanjut perkara ini, kita bersama dengan. Prof. Dr. Sufian Jusoh Pengarah Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) UKM

BTS pecah rekod 17 tahun, jadi pemenang terbanyak Billboard Music Awards
BTS yang tercalon lewat enam anugerah, membawa pulang tiga piala, dengan memecahkan rekod, sekali gus menjadikan mereka sebagai kumpulan terbanyak dalam sejarah BMA.

Penubuhan jawatankuasa kerja banteras buruh paksa langkah wajar selesai isu minyak sawit, getah - Zuraida
Ia adalah langkah wajar bagi menyelesaikan isu berkaitan komoditi negara khususnya minyak sawit dan getah.

Banjir N.Sembilan: Dua PPS dibuka di Kuala Pilah
Daerah terlibat banjir adalah di Seremban dan Kuala Pilah.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.06 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 8.93 mata kepada 1,553.34 daripada 1,544.41 pada Jumaat.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.06 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 8.93 mata kepada 1,553.34 daripada 1,544.41 pada Jumaat.

Kedudukan kontinjen negara di Hanoi membimbangkan
Ia pastinya mencemaskan kerana kontinjen negara sering berada di kedudukan lima teratas dalam sukan dwitahunan tersebut

Tourism Malaysia perkuat kerjasama dengan penerbangan antarabangsa tarik pelancong
Tourism Malaysia mempergiatkan lagi usaha pemasaran untuk menarik lebih ramai pelancong dari Asia Barat.
![[KOLUMNIS] Hentikan buli guru di sekolah [KOLUMNIS] Hentikan buli guru di sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652709453_Gurubulisekolah.jpg)
[KOLUMNIS] Hentikan buli guru di sekolah
Negara dikejutkan dengan pendedahan budaya buli dalam perkhidmatan perubatan dan kesihatan terutamanya membabitkan doktor pelatih sehingga mewujudkan hazard psikososial dalam kalangan mereka.

Kes dera kanak-kanak tiga tahun, kontraktor sambilan ditahan
Polis memberkas seorang pekerja kontraktor sambilan yang disyaki mendera kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dalam kejadian di Pandan Perdana, di sini Sabtu lalu.

Sukan SEA Hanoi: Skuad Harimau Muda ikat perlawanan 2-2 dengan Kemboja
Perlawanan babak pertama kelihatan agak perlahan apabila pasukan Malaysia masih dalam usaha untuk membaca strategi pihak lawan.

Malaysia mohon 5,000 tambahan kuota haji - Idris
Malaysia memohon sebanyak 5,000 tambahan kuota jemaah haji daripada Kerajaan Arab Saudi bagi musim haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.

PM harap guru terus berbakti untuk anak-anak Keluarga Malaysia
Guru umpama pelita yang menerangi kehidupan sepanjang hayat. Onak dan ranjau tetap ditempuhi dengan tenang, kata Perdana Menteri.

Sukan SEA Hanoi: Malaysia tambah tiga emas, namun turun ke tangga kelima
Pada saingan Ahad, Mohd Syarul Azman menepati ramalan apabila merangkul pingat emas acara "Athletics Physique" Lelaki.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Mei 2022.