KUALA LUMPUR:Kadar pengangguran September 2020 menurun sedikit kepada kepada 4.6 peratus mencatatkan 737,500 orang penganggur, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin, pada September 2020, pemulihan berterusan dapat dilihat dalam penawaran tenaga buruh negara di tengah-tengah cabaran membendung penyebaran pandemik COVID-19 melalui pelbagai fasa perintah kawalan pergerakan.
"Kadar pengangguran menurun sedikit dengan bilangan penganggur turun 0.6 peratus bulan ke bulan, merekodkan 737,500 orang daripada 741,600 orang pada Ogos 2020.
"Sebaliknya, guna tenaga terus mencatatkan peningkatan, di mana penduduk bekerja bertambah 0.3 peratus berbanding Ogos 2020 iaitu 0.5 peratus kepada 15.19 juta orang terutamanya dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.
"Walau bagaimanapun, penurunan dalam guna tenaga didapati berlaku dalam sektor pertanian dan pembinaan yang mana secara tidak langsung menggambarkan kekurangan penawaran buruh dalam kedua-dua sektor," katanya dalam satu kenyataan mengenai Survei Tenaga Buruh (STB) hari ini.
Tambah beliau, nisbah guna tenaga kepada penduduk bagi September 2020 kekal pada 65.2 peratus.
Memperihalkan kedudukan penawaran buruh pada suku tahun ketiga 2020, Mohd Uzir berkata, selepas merekodkan kadar pengangguran tertinggi 5.1 peratus pada suku tahun kedua 2020, kadar pengangguran pada suku tahun ini menurun kepada 4.7 peratus.
"Kadar pengangguran yang lebih rendah disebabkan oleh pengoperasian semula hampir semua sektor ekonomi termasuk aktiviti sosial, pendidikan dan keagamaan.
"Di samping itu, aktiviti pelancongan domestik juga telah beransur pulih berikutan kebenaran perjalanan rentas negeri pada suku tahun tersebut.
"Maka, bilangan penduduk bekerja pada suku tahun ini meningkat 1.4 peratus kepada 15.1 juta orang, terutamanya dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan," katanya.
Kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) meningkat 0.3 mata peratus kepada 68.4 peratus dengan lelaki dan perempuan masing-masing mencatatkan kadar 80.5 peratus dan 55.3 peratus.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Nov 09 2020

Pemulihan berterusan dapat dilihat dalam penawaran tenaga buruh negara di tengah-tengah cabaran membendung penyebaran pandemik COVID-19 melalui pelbagai fasa perintah kawalan pergerakan. - Bernama

Isu loji sembelihan: Minta individu tampil hubungi JAKIM - Idris Ahmad
Susulan loji sembelihan berpusat di Australia digantung, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad minta individu tampil hubungi JAKIM untuk ceritakan dengan lebih teliti dan telus supaya tindakan boleh diambil.

Korea Utara catat 6 lagi kematian disyaki akibat COVID-19
Enam kematian itu dilaporkan setakat 6 petang Isnin, menjadikan jumlah korban meningkat kepada 56.

Buruh warga Indonesia maut ditetak
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dengan kesan tetakan di beberapa bahagian badan selain putus sebelah telinga.

Awal Ashari mengaku tidak bersalah lakukan khianat terhadap syarikat perumahan
Awal Ashari mengaku tidak bersalah selepas berdepan tuduhan khianat merosakkan palang pagar sebuah syarikat perumahan di Damansara bulan lalu.

COVID-19 | 6 lagi maut, korban di Korea Utara kini 56 orang
Korea Utara melaporkan enam lagi kematian akibat demam, beberapa hari selepas negara itu mengumumkan kes pertama COVID-19. Media kerajaan KCNA melaporkan, serentak itu pasukan tentera telah diarah mengagihkan segera bekalan perubatan ke semua farmasi di seluruh bandar Pyongyang.

Pasang Pelita | Teruskan tradisi lama 'bersusul'
Tradisi memasang pelita atau ‘bersusul’ dalam bahasa suku kaum Kedayan, Brunei masih diamalkan di daerah Papar, Sabah. Tradisi yang diamalkan ini bukan sahaja memeriahkan sambutan bulan Syawal malah menterjemahkan semangat kerjasama serta perpaduan antara ahli keluarga dan penduduk kampung.

Tepung Gandum | Bekalan tidak terkesan, 80% import dari Australia
Malaysia dijangka tidak berdepan dengan kekurangan bekalan gandum, di sebalik larangan India mengeksport gandum susulan gelombang haba akibat cuaca panas terik. Jelas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), ia kerana Malaysia mengimport 80 peratus biji gandum dari Australia dan selebihnya dari Amerika Syarikat, Kanada serta Ukraine.

MBSA dapatkan maklumat kakitangan bertengkar dengan pelanggan
Menerusi rakaman video itu, kakitangan dan individu terbabit masing-masing tidak berpuas hati antara satu sama lain

Bersatu tidak halang Pas kerjasama dengan UMNO - Muhyiddin
Setakat ini Bersatu masih lagi sebahagian daripada PN dan pendekatan itu diambil sebagai usaha penyatuan ummah.

FDI ke Malaysia 'mencanak naik', terbaik dalam kalangan ASEAN - Pengarah IKMAS UKM
FDI yang masuk ke Malaysia pada 2021 adalah yang tertinggi di seluruh negara ASEAN dan kita telah menerimaa lebih daripada AS$23.4 bilion.

Kadar capaian internet meningkat kepada 95.5 peratus pada 2021 - Perangkaan
Peratusan capaian isi rumah kepada internet meningkat kepada 95.5 peratus pada 2021 berbanding 91.7 peratus pada 2020.

Jabatan Perangkaan laksana survei ekonomi tahunan 2022 hingga 30 Sept
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mula melaksanakan Survei Ekonomi Tahunan 2022 (AES 2022) mulai hari ini sehingga 30 Sept 2022 melibatkan sebanyak 110,000 pertubuhan perniagaan seluruh Malaysia.

DOSM iktiraf 19 saintis data
Ini membantu DOSM dalam menyediakan input bagi penggubalan dasar yang lebih komprehensif dan tepat, serta berpacukan data.

Ekonomi negara pada unjuran baik, PM nafi gagal pulihkan ekonomi
Prestasi positif Malaysia bagi 2021 menunjukkan negara kini berada pada unjuran yang baik ke arah mencapai sasaran ditetapkan pada tahun ini.

Lebihan akaun semasa Malaysia cecah RM5.2 bilion
Lebihan akaun semasa pada suku keempat 2021 tersebut didorong oleh eksport bersih barangan yang lebih tinggi dengan pertumbuhan harga komoditi sebanyak dua angka.

IPI naik 5.8 peratus pada Dis 2021 - DOSM
Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI) naik 5.8 peratus pada Disember 2021 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Banjir landa negara akibatkan kerugian cecah RM6.1 bilion - Jabatan Perangkaan
Banjir yang melanda negara pada penghujung tahun lepas dan awal tahun ini telah mengakibatkan kerugian berjumlah RM6.1 bilion, bersamaan 0.4 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar nominal.

Indikator ekonomi utama papar momentum pemulihan berterusan - Jabatan Perangkaan
Prestasi eksport Malaysia kekal kukuh pada Disember 2021 dengan nilai eksport melebihi RM100 bilion iaitu bulan keempat berturut-turut sejak September 2021.

Maklumat krisis kesihatan, bencana alam peringkat nasional akan diselaras - DOSM
DOSM sentiasa berpegang kepada prinsip asas yang disediakan PBB dalam memastikan statistik rasmi boleh dipercayai dan berintegriti.

IHPR Malaysia naik 10 peratus pada Dis 2021 - DoSM
Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia bagi pengeluaran tempatan meningkat 10.0 peratus tahun ke tahun pada Disember 2021 berbanding penurunan 2.1 peratus yang dicatatkan pada bulan yang sama tahun se