KUALA LUMPUR: Pasaran buruh Malaysia bertambah kukuh pada bulan Julai dengan kadar pengangguran mencatat 3.7 peratus, iaitu menghampiri paras prapandemik berdasarkan penerbitan Statistik Tenaga Buruh.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pencapaian itu adalah jauh lebih baik berbanding 4.5 peratus yang dicatatkan pada tahun 2021 dan 4.2 peratus pada Januari 2022.
Bilangan penganggur terus menurun kepada 620,700 orang pada Julai 2022 berbanding 630,600 orang pada bulan sebelumnya, manakala bilangan penduduk bekerja pada Julai 2022 terus mencatatkan pertumbuhan positif 0.3 peratus kepada 15.98 juta orang, katanya.
"Mengikut sektor ekonomi, bilangan penduduk bekerja dalam sektor perkhidmatan semakin meningkat, terutamanya dalam aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman; perdagangan borong dan runcit serta aktiviti pentadbiran dan khidmat sokongan.
"Guna tenaga dalam sektor pembuatan dan pembinaan turut menunjukkan peningkatan, kecuali bagi sektor pertanian, perlombongan dan pengkuarian yang mencatatkan penurunan dalam guna tenaga," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mustapa berkata kedudukan tenaga buruh pada Julai 2022 juga bertambah baik berikutan peningkatan berterusan dalam bilangan tenaga buruh sebanyak 0.2 peratus bulan ke bulan merekodkan 16.60 juta orang.
Justeru, kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) yang lebih tinggi direkodkan pada bulan tersebut iaitu pada kadar 69.6 peratus, katanya.
Beliau berkata pencapaian pasaran buruh yang lebih kukuh itu disokong oleh kedudukan ekonomi yang bertambah baik bagi suku kedua tahun 2022 dengan pertumbuhan ekonomi yang semakin kukuh pada kadar8.9 peratus.
Bagi separuh pertama tahun 2022, ekonomi negara berkembang sebanyak 6.9 peratus.
"Peningkatan aktiviti ekonomi dan sosial yang kembali normal, terutamanya susulan pembukaan sempadan negara sejak 1 April 2022 telah memberi impak positif terhadap pasaran buruh negara yang telah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan.
"Momentum pemulihan pasaran buruh ini juga selaras dengan pelaksanaan inisiatif-inisiatif kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, seperti program JaminKerja - Insentif Penggajian (JKIP) dan pewujudan Portal Pekerjaan Negara, MyFutureJobs," katanya.
Mustapa berkata kerajaan akan terus berusaha untuk meningkatkan peluang pekerjaan dan mempertingkatkan kesejahteraan Keluarga Malaysia.
Beliau menjangkakan pasaran buruh akan terus kukuh pada suku tahun ketiga dengan jangkaan prestasi perniagaan lebih baik.
"Petunjuk keyakinan mencatat 4.7 peratus bagi suku ketiga tahun 2022 berbanding 3.5 peratus pada suku kedua.
"Ini menggambarkan situasi ekonomi dijangka lebih baik pada suku ketiga tahun ini," jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 09 2022
Peningkatan aktiviti ekonomi dan sosial yang kembali normal, terutamanya susulan pembukaan sempadan negara sejak 1 April 2022 telah memberi impak positif terhadap pasaran buruh negara. - Gambar hiasan/Bernama
Banjir: Pakai jubah di PPS ambil 'vibes' konvokesyen
"Saya pakai jubah di pusat pemindahan sementara (PPS) untuk merasai 'vibes' konvokesyen," kata mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Durratul Alia Mohd Kamil, 24, yang terjejas banjir.
Planworth tawar pembiayaan alternatif hingga RM20 juta sokong PMKS
Pembiayaan ditawarkan kepada mereka yang mendapat tawaran kontrak atau sebut harga dari kerajaan, GLC dan syarikat swasta.
AWANI Ringkas: Beregu campuran negara mara ke final
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sifat materialistik adalah malapetaka masyarakat - Dr Maza
Manusia pada masa kini cenderung mengutamakan nilai materialistik, termasuk dalam bidang perubatan.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Jangan lewatkan urusan jenazah jika tiada keperluan - Dr Maza
Islam tidak menganjurkan untuk menyimpan jenazah terlalu lama sehingga mendatangkan kemudaratan kepada jasad jika tiada alasan munasabah.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Polis kenal pasti pemilik kenderaan langgar tiang LRT
Polis telah mengenal pasti pemilik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan melanggar tiang Transit Aliran Ringan (LRT), Khamis lalu.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir bermula Isnin ini
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) maklumkamn, lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula Isnin ini hingga 19 Disember.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei mara ke final di WTF 2024
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya melangkah ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou China.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
'Ini beg darah ke-99, dua minggu lagi boleh genapkan 100' - Azhan Rani
Tekad mahu membantu pesakit yang memerlukan mendorong pelakon, Azhan Rani untuk menderma darah sebanyak 99 kali dan menyasarkan untuk mencapai angka 100 dalam tempoh dua minggu lagi.
UMNO tidak terima pemakluman Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Parti yang dibentuk dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnyaambil mana-mana ahli parti lain dalam gabungan itu bagi menjaga hati parti masing-masing.
Bilangan penganggur terus menurun dengan kadar 3.2 peratus pada Sept 2024 - DOSM
Kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 30 tahun turun kepada 6.3 peratus, merekodkan 420,100 penganggur belia.
Kadar pengangguran diunjur berada pada paras 3.3% tahun ini - Maybank IB
Katanya, segmen tenaga kerja tertentu akan menyaksikan gaji yang lebih tinggi seperti contoh kenaikan gaji perkhidmatan awam.
Tenaga buruh Jun 2024 kekal trend positif, bilangan penganggur turun - DOSM
Ini sekali gus mencatatkan kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) yang lebih tinggi pada bulan Jun 2024 iaitu pada 70.4 peratus.
California terus berada di kedudukan teratas dalam kadar pengangguran di AS
California terus menerajui Amerika Syarikat (AS) dalam jumlah kehilangan pekerjaan sejak awal tahun ini.
Purata kadar pengangguran 2024 di Malaysia diunjur 3.4 peratus - Maybank IB
Katanya, kadar pengangguran kekal 3.3% untuk bulan kelima berturut-turut pada Mac 2024, disokong oleh jurang yang stabil antara pertumbuhan guna tenaga yang terus mengatasi pertumbuhan tenaga buruh.
Peningkatan kerentanan terhadap pengangguran satu kebimbangan - IDEAS
Peningkatan kerentanan terhadap pengangguran menjadi satu kebimbangan utama yang dijejaskan lagi oleh impak akibat pandemik COVID-19.
Bilangan penganggur menurun pada September - DOSM
Bilangan penganggur pada September lepas menurun 0.6 peratus kepada 573,700 orang berbanding 577,300 orang pada bulan sebelumnya.
Perkeso Kelantan kurangkan pengangguran menerusi lebih 37,000 penempatan pekerjaan
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan membantu mengurangkan pengangguran di negeri ini menerusi lebih 37,000 penempatan pekerjaan baharu dari Januari 2020 hingga September lepas.
Semua negeri merekodkan kadar pertumbuhan positif pada 2022
DoSM merekodkan pertumbuhan positif walaupun wujud ketidaktentuan ekonomi global, konflik geopolitik dan gangguan rantaian bekalan makanan.
Kadar pengangguran belia 10.1 peratus suku pertama 2023 - KSM
Kadar pengangguran yang tinggi dalam kalangan belia dilihat sebagai fenomena global yang dihadapi kebanyakan negara di seluruh dunia.