awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar premium tanah di Selangor melibatkan semua pihak - Azmin

Bernama
Bernama
22/01/2015
16:03 MYT
Kadar premium tanah di Selangor melibatkan semua pihak - Azmin
AZMIN: Kadar premium tanah di Selangor melibatkan semua pihak. -Gambar fail
Kadar premium tanah yang ditetapkan kerajaan Selangor bukan hanya dikenakan kepada projek kerajaan persekutuan sebaliknya melibatkan semua pihak, kata Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata kadar tersebut juga ditentukan mengikut harga pasaran semasa malah dilabel mengikut zon tertentu sebagai rujukan kepada mana-mana pihak yang ingin membangunkan tanah untuk mengetahui jumlah bayaran berkenaan.
Azmin mengulas dakwaan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor (MTPNS), Datuk Seri Noh Omar yang menyatakan kadar premium tanah sebanyak RM70 juta bagi projek berkepentingan awam iaitu kampus Universiti Kuala Lumpur-Institut Teknologi Penerbangan Malaysia (UniKL-MIAT) di Subang terlalu tinggi.
Noh turut mendakwa syarat berkenaan juga menyulitkan pelaksanaan projek kerajaan persekutuan itu sehingga tidak dapat diteruskan kerana tiada pemantauan daripada pihak kerajaan Selangor berhubung perkara tersebut.
"Dakwaan Noh Omar itu tidak benar sama sekali kerana kita ada jawatankuasa tindakan negeri untuk lihat kemajuan projek-projek kerajaan persekutuan.
"Namun, mereka yang tidak beri kerjasama dalam perkara ini, jadi macam mana kita nak pantau?," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Rumah Selangorku Idaman Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Kota Puteri, di sini hari ini.
Tambah Azmin, pihaknya sedia untuk bekerjasama dengan kerajaan persekutuan bagi sebarang projek pembangunan di negeri itu namun perlu ditentukan siapa wakil yang dipilih untuk jalinan usaha sama berkenaan.
Ketika diminta mengulas mengenai jemputan Noh kepadanya untuk bersama-sama turun padang menyelesaikan masalah projek kerajaan persekutuan yang masih tergendala, Azmin menyatakan kesediaannya untuk undangan tersebut.
Dalam pada itu, menjawab persoalan sama ada PKNS akan meneruskan pendirian bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang merancang membina projek rumah mewah untuk menjana keuntungan, Azmin berkata harga kategori rumah tersebut bukan sehingga tidak mampu dimiliki rakyat.
Jelasnya, kategori rumah mewah yang dibina PKNS melibatkan beberapa fasa dan rakyat berpeluang memilih harga mengikut kemampuan masing-masing.
"Peratusan pembinaan rumah mewah oleh PKNS adalah terlalu kecil dan 85 peratus projek perumahan yang dibina bersifat rumah kos rendah bagi memenuhi keperluan rakyat berpendapatan sederhana dan rendah," katanya.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#mtpns
#Noh Omar
#PKNS
#premium
#Selangor
#tanah
#UniKL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan