awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar tol PLUS hanya dinaikkan atas persetujuan kerajaan - Rosnah

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
30/11/2015
08:42 MYT
Kadar tol PLUS hanya dinaikkan atas persetujuan kerajaan - Rosnah
Kerajaan hanya bersetuju kepada kenaikan tol sekiranya tujuan itu dicapai secara bersama. - Gambar fail
Kadar caj tol PLUS Expressway Berhad berkemungkinan akan meningkat sebanyak 5 peratus tahun depan susulan semakan semula perjanjian konsesi lebuh raya tersebut.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata PLUS dibenarkan untuk menaikkan kadar tol sebanyak 5 peratus setiap tiga tahun bermula tahun 2016 sehingga penamatan tempoh konsesi pada 2038.
"Namun, perlu diingat. Perjanjian apapun, kenaikan tol perlu bergantung kepada persetujuan kerajaan, sama ada untuk menaikkan tol ataupun tidak.
"Dalam erti kata lain, kerajaan hanya bersetuju kepada kenaikan tol sekiranya tujuan itu dicapai secara bersama.
"Saya tidak pernah menyatakan bahawa akan ada peningkatan..tapi semuanya bergantung kepada kerajaan. Kenaikan tol sebanyak 5 peratus itu berdasarkan penstrukturan yang berlaku pada PLUS yang berlaku pada 2011," kata Rosnah ketika ditemui media yang meminta beliau menjelaskan isu tersebut.
Katanya, jika dahulu caj tol PLUS dinaikkan pada kadar 10 peratus namun selepas penstrukturan semula konsesi, PLUS hanya akan menaikkan caj dengan kadar 5 peratus pada setiap tiga tahun atas persetujuan kerajaan.
Jelas Rosnah, kerajaan mempunyai hak untuk menilai permohonan PLUS untuk menaikkan tarif tol selepas menilai semula Indeks Bayaran Pengguna (Consumer Price Index) dan jumlah trafik yang telah diaudit.
Sebelum ini, peningkatan tarif caj lebuh raya PLUS adalah 10 peratus setiap tiga tahun dengan perkiraan 13.96 sen setiap kilometer.
Beliau pada masa sama menafikan spekulasi yang dilaporkan beberapa portal berita yang kononnya Kerajaan telah bersetuju untuk PLUS manaikkan tarif tol pada tahun depan.
Sebelum itu, di Dewan Rakyat Rosnah berkata jumlah keuntungan selepas cukai PLUS Expressway Berhad bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 ialah sebanyak RM8.4 juta.
Jelas beliau jumlah hasil kutipan tol PLUS adalah sebanyak RM2.61 bilion yang melibatkan bilangan trafik tahunan sebanyak 506 juta kenderaan.
Topic Berkaitan
#kenaikan tol
#konsesi lebuh raya
#PLUS
#Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan