awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar zakat fitrah di Pahang kekal RM7 untuk tahun ini

Mohd Zalani Md Atan
Mohd Zalani Md Atan
24/03/2022
08:58 MYT
Kadar zakat fitrah di Pahang kekal RM7 untuk tahun ini
Umat Islam di negeri itu boleh menunaikan zakat fitrah mulai awal Ramadan kepada 930 orang amil yang ditauliahkan seluruh Pahang dengan mematuhi SOP.- Gambar hiasan
KUANTAN: Pahang masih mengekalkan kadar bayaran zakat fitrah pada tahun ini iaitu sebanyak RM7 seorang sama seperti tahun-tahun sebelumnya.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Datuk Ahmad Hairi Hussin, kadar tersebut adalah setelah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Dipertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, selaku Sultan dan pemerintah negeri Pahang.
Tambah Ahmad Hairi, umat Islam di negeri itu boleh menunaikan zakat fitrah mulai awal Ramadan kepada 930 orang amil yang ditauliahkan seluruh Pahang dengan mematuhi SOP kutipan zakat yang ditetapkan.
Bagi memudahkan umat Islam di Pahang menunaikan zakat fitrah dan ketika negara masih diselubungi dengan COVID-19, orang ramai digalakkan pembayaran zakat fitrah dilakukan melalui kaedah atas talian yang lebih pantas dan selamat.
"Kalau ikut saya. saya lebih suka online sebab online ini mengelakkan kita daripada berjumpa dengan orang dan sebagainya. Bukan saya tak bersetuju pada amil, tidak, tetapi maknanya kalau kita takutlah, kadang-kadang jumpa amil ini daripada situ. Sebab kita masih lagi dalam dalam era pandemik COVID-19 walaupun kita telah diberikan kelonggaran oleh kerajaan tapi kita kena berhati-hati," katanya.
Umat Islam di Pahang yang hendak menunaikan zakat fitrah melalui atas talian boleh melakukannya melalui ezakat.muip.gov.my.
Tahun lalu MUIP telah berjaya mengutip zakat fitrah berjumlah RM7 juta dan telah melakukan agihan sebanyak RM172 juta kepada penerima zakat yang layak manakala tahun ini MUIP menyasarkan dapat mengutip zakat fitrah sebanyak RM7.5 juta ringgit.
Topic Berkaitan
#zakat fitrah
#amil Pahang
#kekal RM7
#MUIP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan