Tokoh Wartawan Negara, Datuk A. Kadir Jasin menyarankan agar ahli-ahli UMNO diberi peluang untuk menentukan nasib Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak dan barisan pimpinan yang lain dalam pemilihan parti yang akan diadakan tahun ini.
Beliau berkata ahli-ahli UMNO telah memainkan peranan mereka hingga membolehkan parti itu memperbaiki prestasi dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dengan memenangi 88 kerusi Parlimen berbanding 79 kerusi pada 2008.
"Wajar sangatlah mereka diberikan hak menentukan sama ada mereka mahu Mohd Najib dicabar atau tidak kerana Umno tidak akan memperoleh 88 kerusi keramat itu kalau ahli dan penyokong Umno tidak membulatkan tekad memangkah BN pada 5 Mei lalu.
"Mereka juga perlu diberikan ruang dan peluang menyelami hati sanubari mereka sendiri sama ada mereka mahu Mohd Najib yang lebih rendah pencapaiannya kekal sebagai Presiden (dan seterusnya sebagai Perdana Menteri) setelah mereka menunjukkan pintu keluar kepada (Tun) Abdullah Ahmad Badawi yang menang lebih besar pada 2008.
"Lagipun, Mohd Najib sendiri berkata selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno 31 Mei lalu yang Umno mengamalkan demokrasi dan pemimpin bebas dicabar. Tindakan memperluaskan asas pengundian bagi memilih pucuk pimpinan bermula pemilihan kali ini wajiblah dikotakan dan disahihkan melalui tindakan," katanya dalam tulisan diblog beliau kadirjasin.blogspot.com.
Dalam tulisannya itu, bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP itu berpendapat UMNO berjaya membaiki prestasinya kerana ahli-ahli parti itu memilih untuk memperkuatkan parti dan orang Melayu dari bawah.
Kata beliau ahli dan penyokong UMNO sering didedahkan bahawa Perdana Menteri sangat bertolak ansur dengan masyarakat Cina dan India untuk mendapatan undi kaum bukan Melayu dengan melakukan apa saja termasuk memperluaskan pendidikan Cina dan Tamil dan bertemu badan radikal Cina dan India seperti Dong Zong dan Hindraf.
Kadir berkata sikap tolak andur keterlaluan dengan masyarakat Cina dan India itu sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan orang Melayu bahawa kuasa mereka akan lebih tercabar sekiranya MCA, Gerakan dan MIC menang besar.
Beliau juga berkata UMNO memperolehi kemenangan besar kerana mendapat sokongan pengundi atas pagar dan penyokong PAS yang membantah kerjasama parti mereka dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Tetapi yang paling menakutkan majoriti orang Melayu adalah kemungkinan kemenangan Pakatan Rakyat dan kemunculan DAP sebagai pemain dominan politik nasional.
Jadi, apakah Umno menang lebih besar pada PRU lalu kerana Presiden Umno mengutamakan orang Melayu atau kerana orang Melayu sendiri berasa kepentingan mereka tidak lagi diutamakan oleh para pembesar parti maka mereka bertindak memperkuatkan Umno dan orang Melayu dari bawah?
Kalau inilah keadaannya maka suara akar umbi adalah sangat penting dalam penentuan kepemimpinan Umno bermula dengan pemilihan pucuk pimpinan tahun ini," tulis beliau lagi.
Baru-baru ini Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan telah membuat ketetapan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak ditandingi demi perpaduan parti dan untuk menyiapkan diri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.
Ketetapan Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan itu mendapat sokongan beberapa pemimpin UMNO antaranya dari veteran parti, Datuk Azmi Khalid yang berpendapat pertandingan jawatan tertinggi selalunya akan mengakibatkan perpecahan.
Irwan Muhammad Zain
Wed Jun 05 2013
Penjaja kecil rayu kekalkan tapak perniagaan di Dataran MBI
Pertimbangan daripada pihak MBI amat diharapkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dengan Datuk Bandar Ipoh.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Belasungkawa Sabbaruddin Chik: 'Allahyarham rakan yang baik, sosok hebat' - Kadir Jasin
Kadir menyifatkan Allahyarham sebagai seorang sosok yang hebat dan pemergiannya satu lagi kehilangan besar buat negara.
Isu arak: 'Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai latar belakang agama, bangsa' - Kadir Jasin
Bekas Ahli MPT Bersatu itu mengulas mengenai kontroversi pengeluaran arak jenama tempatan 'Timah'.
Majlis Media Malaysia menghampiri realisasi
Akhirnya penubuhan Majlis Media Malaysia akan direalisasikan.
"Apa alasan SPRM? Kenapa cetuskan ribut?" - Rais, Kadir bimbang pendedahan SPRM
Dua anggota Majlis Tertinggi Bersatu meluahkan kebimbangan mereka berhubung tindakan SPRM dedah rakaman perbualan konspirasi.
Media arus perdana perlu diyakini berbanding media sosial - Kadir Jasin
Media arus perdana masih merupakan sumber utama berita, benar dan perlu diyakini berbanding media sosial, kata Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri Datuk A Kadir Jasin.
Kadir Jasin persoal kewajaran benarkan perkhidmatan Gojek
A. Kadir Jasin mempersoalkan kewajaran kerajaan memberi kebenaran terhadap cadangan pelaksanaan perkhidmatan teksi motosikal atau lebih dikenali sebagai Gojek di negara ini.
AirAsia mampu selamatkan MAB daripada berkubur - Kadir Jasin
Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Group Bhd (AirAsia) dilihat sebagai pengendali penerbangan berjaya yang mampu menyelamatkan penerbangan nasional, Malaysia Airlines Bhd (MAB).
Tangkapan Jho Low: Jangan beri harapan palsu lagi - Kadir Jasin
Kadir Jasin menasihatkan rakyat Malaysia tidak mensensasikan berita palsu yang tersebar semalam mendakwa Jho Low telah ditangkap dan mungkin akan dibawa balik ke Malaysia.
Anggota Kabinet PH sekali lagi ditegur Kadir Jasin
TOKOH Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin sekali lagi menegur anggota Kabinet, Menteri Besar, Ketua Menteri dan timbaln menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH) agar belajar memperbaiki kelemahan diri.
Penubuhan MTE bukan sebab PM kecewa prestasi menteri - Azmin
Majlis itu terdiri daripada individu yang mempunyai kepakaran dan kemahiran masing-masing serta reputasi yang baik dalam masyarakat.