awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kaedah lantikan tetap, bercarum sedang dalam kajian - PM Anwar

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
16/08/2024
05:20 MYT
Kaedah lantikan tetap, bercarum sedang dalam kajian - PM Anwar
Ribuan penjawat awam hadir pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 'Perkhidmatan Awam MADANI' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini. --fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap dan bercarum dan menjalankan kajian terperinci bagi menentukan strategi-strategi terbaik bagi kerajaan dan pegawai awam lantikan baharu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini bertujuan memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
"Hasil kajian akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan sebelum ia dilaksanakan," katanya pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Kali Ke-19 (MAPPA XIX) 2024 di sini, hari ini.
Selain itu, Anwar berkata, kerajaan akan memperkenalkan kerangka Iltizam Kecekapan Pentadbiran sebagai satu mekanisme pengukuran tahap penyampaian perkhidmatan kerajaan.
Katanya, ini membolehkan rakyat melihat sendiri pembuktian terhadap kejayaan kerajaan dalam melaksanakan reformasi pentadbiran secara menyeluruh, meliputi aspek pengoperasian, tahap akauntabiliti dan kecekapan penjawat awam.
Topic Berkaitan
#penjawat awam
#Anwar Ibrahim
#Iltizam Kecekapan Pentadbiran
#pengurusan kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan