awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kaedah sewa beli antara mekanisme miliki rumah bawah PGBF - Pengerusi FGV

Bernama
Bernama
07/12/2014
00:22 MYT
Kaedah sewa beli antara mekanisme miliki rumah bawah PGBF - Pengerusi FGV
PENGERUSI FGV: Kaedah sewa beli antara mekanisme miliki rumah bawah PGBF.
Kaedah sewa beli adalah antara perkara yang akan dipertimbangkan untuk generasi baharu Felda memiliki rumah sendiri di bawah Projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF).
Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata menerusi kaedah tersebut dapat memberi peluang kepada generasi yang tidak mempunyai penyata gaji kerana bekerja sendiri, selain sukar mendapat pinjaman bagi membeli rumah.
"Projek perumahan ini telah berjalan di seluruh Malaysia dan kini dihentikan buat sementara waktu untuk mencari kaedah terbaik bagaimana generasi baharu boleh memperoleh rumah tersebut," katanya kepada pemberita selepas penutupan Konvensyen Generasi Baharu Felda 2014 di sini pada hari Sabtu.
Pada Oktober lepas, Felda mengumumkan akan membina 20,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara untuk generasinya dalam tempoh lima tahun akan datang.
Dalam perkembangan lain, Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) berhasrat melebarkan sayap perniagaan dalam bidang minyak dan gas pada tahun depan.
"Untuk masa hadapan yang lebih baik kita akan bekerjasama dengan syarikat milik orang Melayu yang berkaitan dengan bidang itu kerana kalau hendak mulakan yang baharu akan mengambil masa lama bagi mendapatkan keuntungan," kata Mohd Isa.
Beliau berkata pihaknya juga akan meneliti semua resolusi yang dikemukakan oleh warga belia Felda dalam konvensyen berkenaan yang bermula pada hari Jumaat.
Katanya Felda tidak akan sesekali mengabaikan generasi baharu kerana golongan berkenaan merupakan aset penting yang akan mewarisi Felda pada masa hadapan.
"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pernah menyatakan antara lima teras dalam hala tuju Felda 50 tahun akan datang ialah penyusunan generasi baharu Felda.
"Oleh itu, Felda sentiasa mendekati generasi baharu melalui peranan yang dimainkan oleh pelbagai cabang dan pertubuhan di bawahnya termasuk seperti konvensyen yang kita anjurkan ini," katanya.
Topic Berkaitan
#Felda
#FGV
#ISA
#PGBF
#rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan