: MAHKAMAH Anak Negeri di Sabah perlu bersedia untuk menangani kes-kes permohonan perkahwinan di bawah umur 18 tahun sebaik sahaja pindaan undang-undang diluluskan Kabinet, ujar Ahli Dewan Negeri (ADUN) Kapayan, Jannie Lasimbang.
Setakat ini, ujarnya, perkahwinan mengikut adat di negeri itu tidak mempunyai had umur minima, dan masih dapat dilaksanakan dengan kebenaran ketua-ketua adat di Mahkamah Anak Negeri.
"Langkah meminda had umur perkahwinan adalah selaras dengan peranan dan tanggungjawab Malaysia sebagai negara pihak kepada Konvensyen Hak Kanak-kanak dan Konvensyen untuk Menghapuskan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadapa Wanita yang memperuntukkan hak kanak-kanak dilindungi dari segala bentuk keganasan dan penganiayaan serta hak wanita berhubung perkahwinan," katanya semasa perasmian “Dialog isu-isu berkenaan langkah meminda had umur perkahwinan di bawah Enakmen Mahkamah Anak Negeri, khususnya Kaedah Undang-undang Adat Anak Negeri” anjuran PACOS
Trust.
Tambahnya, beliau telah memulakan proses pindaan undang-undang itu semasa berada di Kementerian Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri (KUHEANS), yang antara lainnya menjadi langkah-langkah menghentikan Perkahwinan Bawah Umur 18 tahun (PBU18) di Sabah seperti terkandung dalam Pelan Tindakan 10 Tahun.
Pelan Tindakan tersebut adalah hasil kajian dan forum antara pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan serta ketua-ketua masyarakat.
"Usaha masakini untuk teruskan pelaksanaan Pelan Tindakan melibatkan Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejateraan Rakyat yang akan fokuskan kepada pendidikan sosial, manakala Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan lebih kepada pindaan undang-undang dan perlatihan kakitangan Mahkamah Anak Negeri.
“Saya difahamkan Jabatan Peguam Negeri Sabah bersama sebuah komiti khas telah meniapkan Kertas Kabinet berkaitan Pindaan kepada Kaedah Enakmen Mahkamah Anak Negeri dan akan di bentangkan dalam Kabinet oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan pada masa yang terdekat.
“Saya amat berharap Pindaan tersebut diluluskan dengan segera supaya Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri, Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri dan Jabatan Peguam Negeri dapat memberi latihan kepada ketua-ketua adat yang jelas semasa Dialog menyatakan keperluan garispanduan dan Arahan Amalan dalam menangani permohonan PBU18," katanya lagi.
Jannie menambah, PBU18 membawa pelbagai implikasi negatif dari aspek sosial dan kesihatan seorang kanak-kanak dan perempuan.
"Isu-isu utama yang dibangkitkan oleh peserta dari kalangan Ketua Daerah dan Ketua Anak Negeri dalam Dialog tersebut termasuk kes penceraian yang semakin meningkat, lingkaran kemiskinan serta penderitaan dan tekanan mental terutamanya di kalangan kanak-kanak yang telah hamil.
“Oleh itu, bersamaan dengan pindaan dan perlaksanaan undang-undang berkenaan PBU18, adalah penting juga untuk mengadakan pendidikan sosial melalui kempen di media sosial dan dalam masyarakat luar bandar. Pelbagai opsyen selain memaksa anak yang hamil untuk kahwin pada usia muda harus diberikan seperti mendaftarkan mereka sebagai ibu tunggal atau menyerahkan anaknya untuk diambil sebagai anak angkat.
Justeru, beliau menghargai semua usaha PACOS Trust dalam mengendalikan program pendidikan sosial bersama sekolah menengah dan pekerja muda bagi meningkatkan usaha bersama Jabatan-jabatan kerajaan untuk mencari dana untuk program selajutnya.
Astro Awani
Wed Dec 21 2022
ADUN Kapayan, Jannie Lasimbang (tengah) menghadiri Dialog isu-isu berkenaan langkah meminda had umur perkahwinan di bawah Enakmen Mahkamah Anak Negeri, khususnya Kaedah Undang-undang Adat Anak Negeri anjuran PACOS Trust pada Khamis. - Astro AWANI
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Rekod urusan mahkamah anak negeri, keputusan perbicaraan perlu dijadikan jurnal
Rekod urusan dalam Mahkamah Anak Negeri (MAN) serta keputusan perbicaraan di mahkamah itu perlu dibukukan untuk dijadikan sebagai Jurnal Undang-Undang Anak Negeri.
Kahwin bawah umur 18 tahun: Mahkamah Anak Negeri Sabah perlu bersedia
Perkahwinan mengikut adat di negeri itu tidak mempunyai had umur minima dan masih dapat dilaksanakan dengan kebenaran.
Mahkamah Anak Negeri akan dinaik taraf, dibangunkan - Shafie Apdal
Mahkamah Anak Negeri akan dinaik taraf dan dibangunkan di setiap daerah bagi memudahkan urusan rakyat berbilang etnik di Sabah.
PBDSB sambut baik pembaharuan Mahkamah Anak Negeri Sarawak
Ketua Pemuda Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) Rapelson Richard Hamit menyambut baik langkah kerajaan negeri memberi persetujuan kepada Mahkamah Anak Negeri Sarawak (Mahkamah Dayak) untuk memperj