WASHINGTON: Seorang maut manakala seorang lagi cedera dalam insiden tembakan di Hospital ChristianaCare Wilmington di negeri Delaware, Amerika Syarikat (AS), kata pihak berkuasa pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi.
"Suspek masih belum ditahan setakat ini dan kami sedang berusaha mengesahkan identitinya," kata Ketua Polis Wilmington, Wilfredo Campos kepada pemberita dalam satu sidang media.
Naib Presiden Eksekutif Hospital Wilmington, Jenn Schwartz berkata pasukan tindak balas kecemasan hospital telah diaktifkan dan kakitangan hospital terus memberikan rawatan kepada pesakit sepanjang insiden itu berlaku.
Hospital berkenaan diletakkan dalam keadaan sekatan keselamatan susulan kejadian tembakan itu sebelum sekatan ditarik balik kemudian.
-- BERNAMA-ANADOLU