NATIONAL
Kahwin budak bawah umur: Pasangan kontroversi sedia berdepan tindakan
Suami kanak-kanak 11 tahun tidak akan bercerai dengan isteri ketiga yang baharu dinikahi dua minggu lalu walaupun mereka akan hanya tinggal bersama lima tahun lagi. -Astro AWANI
Pasangan pengantin kontroversi bersedia berdepan tindakan undang-undang selepas pernikahan mereka mengejutkan banyak pihak.
Lelaki berusia 41 tahun bersama pasangannya yang berusia 11 tahun berkata tidak akan sesekali meleraikan ikatan perkahwinan biarpun orang ramai mendakwa pernikahan mereka tidak sah.
"Benda ini memang banyak pandangan buruklah sebabnya melibatkan perkahwinan bawah umur. Saya menjelaskan saya bukan berniat begitu.
"Saya berkahwin gantung dahulu dan dalam jagaan ibu bapanya, sambil itu saya membantu keluarga mereka," kata lelaki itu.
Pasangan itu berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bahawa mereka harus berpisah dan pernikahan mereka tidak sah di sini undang-undang.
Pasangan itu juga bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa kerana kisah perkahwinan mereka kecoh dan menjadi bualan rakyat Malaysia.
#Gua Musang
#ikatan perkahwinan
#Kelantan
#kontroversi
#pasangan pengantin
#perkahwinan
#undang-undang
#Wan Azizah Wan Ismail